Increase size
Reset to Default
Decrease size
  • Utama
  • Profil Korporat
    • Perutusan Pengarah
    • Pekeliling @ JTM
    • Sudut Kreativiti dan Inovasi
    • Hubungi Kami
      • Hubungi Kami
      • Lokasi Kami
    • Utiliti
      • Muat Turun
      • Video
      • Galeri Foto
    • Info Jabatan
      • Pengenalan
      • Misi, Visi & Objektif
      • Soalan Lazim
    • Organisasi
      • Pengurusan Tertinggi
      • Penolong Pengarah
      • Ketua Bahagian
      • Ketua Pegawai Maklumat (CIO)
      • Direktori Kakitangan
      • Carta Organisasi
    • Piagam Pelanggan
      • Piagam Pelanggan
      • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Dasar Privasi
    • Dasar Keselamatan
  • Program / Kursus
    • Kursus Sepenuh Masa
      • Teknologi Plastik
      • Teknologi Pembuatan
      • Teknologi Kimpalan Arka & Gas
      • Teknologi Fabrikasi Logam
      • CADD Mekanikal (Pembuatan)
      • Teknologi Mekatronik
      • Teknologi Komputer (Rangkaian)
    • Kursus Jangka Pendek - eKJP
    • Cara memohon (Kursus Sepenuh Masa)
  • Amalan EKSA
    • Apa itu EKSA
    • EKSA ILP Tangkak
    • Aktiviti EKSA ILP Ledang
      • Aktiviti EKSA 2016
      • Priview 5S
        • Aktiviti 2014
        • Aktiviti 2015
        • Aktiviti 2016
      • Aktiviti EKSA 2017
    • Jawatankuasa EKSA ILP Ledang
    • Utiliti EKSA ILP Tangkak
      • Muatturun
        • GARIS PANDUAN PELAKSANAAN EKSA ILP TANGKAK 2017
  • Maklumbalas Anda
  • Iklan Pengambilan Pelajar ILP Tangkak Sesi 2/2023 telah dibuka... Jom Masuk ILP Tangkak...... Klik untuk maklumat lanjut...............

Pengenalan Institut

Hits: 11698
  • Print
  • Email
  • Maklumat Korporat

Merujuk Surat  dari Kementerian Sumber Manusia  No Rujukan: KSM/PSM/500-1/3/15(35) bertarikh 15 Jun 2016, nama Institut Latihan Perindustrian Ledang  telah dipinda kepada Institut Latihan Perindustrian Tangkak selaras dengan perubahan nama Daerah Ledang kepada Daerah Tangkak melalui Warta Kerajaan Johor bertarikh 17 Disember 2015. 

Pada tahun 1998, sejarah bermulanya pembinaan ILP Tangkak sebagai Institut latihan teknikal dibawah Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia di atas tanah seluas 50 ekar berhampiran Pekan Sagil. Dibangunkan dibawah Rancangan Malaysia Ke-7, ILP Tangkak yang ditubuhkan untuk melatih kemahiran teknikal secara formal bagi lepasan sekolah dan pekerja industri yang telah memulakan operasi dengan rasminya pada 13 Oktober 2000 dengan pengambilan pelatih yang pertama telah dilaksanakan pada 8 Januari 2001. Kos perbelanjaan keseluruhan termasuk bangunan dan peralatan ialah RM170 juta.

Majlis perasmian ILP Tangkak telah dilakukan secara serentak melalui persidangan video (Video Conference oleh Timbalan Perdana Menteri pada masa itu iaitu Dato' Sri Abdullah Ahmad Badawi di ADTEC Shah Alam dan disempurnakan di ILP Tangkak oleh Menteri Besar Johor, Dato' Hj Abdul Ghani Othman pada 11 Januari 2003 yang mana pada ketika itu, Institut Latihan Perindustrian Tangkak dikenali dengan nama Institut Latihan Perindustrian Muar.

Pihak pengurusan pada masa itu diketuai oleh seorang Pengarah iaitu Pn Rosnah binti Muhammad Tahir. Kakitangan yang terlibat pada masa itu seramai 70 orang iaitu terdiri dari 60 orang pensyarah dan 10 orang kakitangan pentadbiran. Kapasiti pelajar seramai 600 orang pada satu masa iaitu 400 orang lelaki dan 200 orang perempuan.

Pada tahun 2004, Pengurusan pentadbiran telah diterajui oleh Tuan Hj Zainuddin Bin Hj Ahmad. Beliau telah menerajui ILP Tangkak sehingga Oktober 2009. Kakitangan telah bertambah kepada 97 orang. Pada Oktober 2009, En Adnan Bin Ismail pula telah dilantik menjadi Pengarah ILP Tangkak yang ketiga sehingga 26 Mac 2014.

Bermula 27 Februari 2014 ILP Tangkak dikemudi pula oleh En Mohammad Musa Bin Ahmad sehingga 29 Mac 2022 dengan jumlah kakitangan seramai 99 orang.

Pengurusan ILP Tangkak terus diterajui oleh En Mohamad Noor Bin Ismail bermula 30 Mac 2022 bersama-sama kakitangan seramai 95 orang.

Terdapat 7 Kursus yang dijalankan di ILP Tangkak.

  1. Teknologi Pembuatan
  2. Teknologi Kimpalan Arka dan Gas
  3. Teknologi Fabrikasi Logam
  4. CADD Mekanikal (Pembuatan)
  5. Teknologi Mekatronik
  6. Teknologi Polimer (Plastik)
  7. Teknologi Komputer (Rangkaian)
 
"Jom Masuk ILP Tangkak"
"𝐁𝐞 𝐈𝐧𝐬𝐩𝐢𝐫𝐞𝐝, 𝐁𝐞 𝐄𝐱𝐭𝐫𝐚𝐨𝐫𝐝𝐢𝐧𝐚𝐫𝐲, 𝐁𝐞 𝐖𝐨𝐫𝐥𝐝 𝐂𝐥𝐚𝐬𝐬 𝐖𝐢𝐭𝐡 𝐓𝐕𝐄𝐓"
 
#ilptangkak
#kitajagakita
#TVET #TVETMalaysia
#JTM #ILJTM #ksm
#ILP #ADTEC #jmti
#lifelonglearning
#skill4all
#skillmalaysia
#KeluargaMalaysia
#InisiatifKeluargaMalaysiaKSM
FaLang translation system by Faboba
  • Kemaskini Terakhir : Tuesday 28 March 2023, 14:58:22.
Increase size
Reset to Default
Decrease size
  • Malay
  • English (UK)
Hakcipta Terpelihara © 2023 Institut Latihan Perindustrian Tangkak.

Penafian : Institut Latihan Perindustrian Tangkak (ILP Tangkak) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.

Paparan terbaik Laman Web Rasmi ILP Tangkak ini adalah dengan menggunakan IE versi 11.0 & keatas dan Mozilla Firefox versi 3.6 & ke atas dengan resolusi paparan 1366 x 768 pixel



Soalan Lazim | Maklumbalas | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

Institut Latihan Perindustrian Tangkak, Km 43, Jalan Segamat, Sagil,
84900 Tangkak, Johor, Malaysia

Tel: 06-9773800 | Faks: 06-9773799 | Emel: ilptangkak@jtm.gov.my

Pengenalan
  • Follow via Facebook
  • Follow via Twitter
  • Follow via Instagram
  • Follow via Youtube
  • Follow via Tiktok