Increase size
Reset to Default
Decrease size
  • Utama
  • Profil Korporat
    • Perutusan Pengarah
    • Pekeliling @ JTM
    • Sudut Kreativiti dan Inovasi
    • Hubungi Kami
      • Hubungi Kami
      • Lokasi Kami
    • Utiliti
      • Muat Turun
      • Video
      • Galeri Foto
    • Info Jabatan
      • Pengenalan
      • Misi, Visi & Objektif
      • Soalan Lazim
    • Organisasi
      • Pengurusan Tertinggi
      • Penolong Pengarah
      • Ketua Bahagian
      • Ketua Pegawai Maklumat (CIO)
      • Direktori Kakitangan
      • Carta Organisasi
    • Piagam Pelanggan
      • Piagam Pelanggan
      • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Dasar Privasi
    • Dasar Keselamatan
  • Program / Kursus
    • Kursus Sepenuh Masa
      • Teknologi Plastik
      • Teknologi Pembuatan
      • Teknologi Kimpalan Arka & Gas
      • Teknologi Fabrikasi Logam
      • CADD Mekanikal (Pembuatan)
      • Teknologi Mekatronik
      • Teknologi Komputer (Rangkaian)
    • Kursus Jangka Pendek - eKJP
    • Cara memohon (Kursus Sepenuh Masa)
  • Amalan EKSA
    • Apa itu EKSA
    • EKSA ILP Tangkak
    • Aktiviti EKSA ILP Ledang
      • Aktiviti EKSA 2016
      • Priview 5S
        • Aktiviti 2014
        • Aktiviti 2015
        • Aktiviti 2016
      • Aktiviti EKSA 2017
    • Jawatankuasa EKSA ILP Ledang
    • Utiliti EKSA ILP Tangkak
      • Muatturun
        • GARIS PANDUAN PELAKSANAAN EKSA ILP TANGKAK 2017
  • Maklumbalas Anda
  • Iklan Pengambilan Pelajar ILP Tangkak Sesi 2/2023 telah dibuka... Jom Masuk ILP Tangkak...... Klik untuk maklumat lanjut...............

Apa itu EKSA

Hits: 13051
  • Print
  • Email

EKSA telah diperkenalkan mulai Januari 2014 sebagai inisiatif penambahbaikan Amalan 5S yang kini dijenamakan semula kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dengan mengekalkan prinsip amalan 5S iaitu Seiri (SISIH), Seiton (SUSUN), Seiso (SAPU), Seiketsu (SERAGAM) & Shitsuke (SENTIASA AMAL).

Langkah ini selaras dengan usaha memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif di kalangan agensi-agensi Sektor Awam melalui penyediaan persekitaran budaya kerja dan nilai yang menjadi amalan seluruh warga kerja Agensi Sektor Awam berdasarkan Surat Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bil 1 Tahun 2014: Ekosistem Kondusif Sektor Awam.

Selain daripada itu, EKSA juga memperkenalkan model penilaian dan pengauditan baharu yang merangkumi Kriteria Generik dan Kriteria Khusus dengan mengambil kira kepelbagaian premis agensi Kerajaan mengikut jenis-jenis perkhidmatan yang diberikan. Pendekatan one-size-fits-all yang dipraktikkan sebelum ini didapati kurang memadai untuk memenuhi keperluan kepelbagaian agensi Kerajaan pada masa ini.

 

 

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN EKSA

JABATAN TENAGA MANUSIA

 

Amalan 5S ditambah baik dengan menambah lima elemen baharu, iaitu:

(a) Imej Korporat

Imej Korporat merujuk kepada identiti atau persepsi pelanggan/pihak berkepentingan terhadap persekitaran, tindakan dan pencapaian sesebuah organisasi. Nilai, etika dan norma kerja yang seragam di kalangan warga kerja amat diperlukan untuk mewujudkan budaya korporat yang positif. Selain ciri-ciri ini, EKSA juga turut menitikberatkan aspek keselamatan persekitaran kerja di kalangan warga kerja JTM dan ILJTM.

(b) Kreativiti dan Inovasi

Dalam usaha untuk mempertingkatkan produktiviti di tempat kerja, EKSA menggalakkan warga JTM dan ILJTM membudayakan elemen kreativiti dan inovasi ketika melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Persekitaran kerja dalam JTM dan ILJTM yang sering kali berubah mengikut peredaran masa menuntut pewujudan budaya organisasi yang dinamik berasaskan kreativiti dan inovasi. Warga kerja JTM dan ILJTM digalakkan untuk sentiasa berfikir di luar kotak (out of the box) untuk menghasilkan persekitaran kerja yang kondusif.

(c) Amalan Hijau

Penekanan turut diberikan pada aspek Amalan Hijau di pejabat dengan melaksanakan program dan aktiviti seperti kitar semula dan meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga ke arah penjimatan sumber. Aktiviti Amalan Hijau diharap dapat diterapkan kepada keseluruhan warga kerja JTM dan ILJTM ke arah penggunaan sumber secara optimum.

 

(d) Persekitaran Kondusif

Persekitaran kondusif adalah penting dalam memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif di kalangan warga kerja JTM dan ILJTM. Amalan EKSA menggalakkan warga kerja JTM dan ILJTM untuk memberikan penekanan kepada sistem penyampaian perkhidmatan yang mesra pelanggan dan memberi keselesaan ketika berurusan. Bagi pelanggan orang kurang upaya (OKU), kemudahan yang bersesuaian seharusnya disediakan. Begitu juga dalam perspektif mengarusperdanakan elemen gender sebagai satu pendekatan baharu yang perlu diberi warga kerja JTM dan ILJTM memberi keutamaan.

(e) Kepelbagaian Agensi

EKSA memperkenalkan model penilaian dan pengauditan baharu yang merangkumi kriteria generik dan kriteria khusus dengan mengambil kira kepelbagaian premis Jabatan/Agensi Kerajaan mengikut jenis perkhidmatan yang diberikan. Pendekatan yang dipraktikkan sebelum ini iaitu, one size fits all didapati kurang mencakupi keperluan kepelbagaian Jabatan/ Agensi Kerajaan pada masa kini.

 

 

  • Prev
  • Next
FaLang translation system by Faboba
  • Kemaskini Terakhir : Tuesday 28 March 2023, 14:58:22.
Increase size
Reset to Default
Decrease size
  • Malay
  • English (UK)
Hakcipta Terpelihara © 2023 Institut Latihan Perindustrian Tangkak.

Penafian : Institut Latihan Perindustrian Tangkak (ILP Tangkak) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.

Paparan terbaik Laman Web Rasmi ILP Tangkak ini adalah dengan menggunakan IE versi 11.0 & keatas dan Mozilla Firefox versi 3.6 & ke atas dengan resolusi paparan 1366 x 768 pixel



Soalan Lazim | Maklumbalas | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

Institut Latihan Perindustrian Tangkak, Km 43, Jalan Segamat, Sagil,
84900 Tangkak, Johor, Malaysia

Tel: 06-9773800 | Faks: 06-9773799 | Emel: ilptangkak@jtm.gov.my

Apa itu EKSA
  • Follow via Facebook
  • Follow via Twitter
  • Follow via Instagram
  • Follow via Youtube
  • Follow via Tiktok