Apa itu ILP ?
ILP adalah Institut Latihan Perindustrian di bawah Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia
Dimana lokasi sebenar ILP Tangkak ?
ILP Ledang terletak di KM 43, Jalan Segamat, 84020 Sagil, Johor. Untuk melihat peta ke ILP Tangkak sila Klik Disini
Berapakah Jumlah Kesemua Kursus Yang Ditawarkan Di ILP Tangkak ?
ILP Tangkak Menawarkan 7 Kursus Kesemuanya iaitu Teknologi Pembuatan (Perkakasan), Teknologi Kimpalan Arka dan Gas, Teknologi Fabrikasi Logam, CADD Mekanikal (Pembuatan), Teknologi Mekatronik, Teknologi Polimer (Plastik) dan Teknologi Komputer (Rangkaian).
Bagaimanakah Untuk Saya Memohon Masuk Ke ILP Tangkak ?
Permohonan Masuk Ke ILP Tangkak boleh dibuat secara online di Laman Web http://upu.mohe.gov.my . Pemohon dikehendaki membeli nombor unik ID di Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan harga RM10.60 seorang melalui kaunter BSN, ATM dan SMS Banking atau datang terus ke Institut ini berjumpa dengan Pegawai Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan (BPPL)
Kemana Selepas ILP ?
Lulusan ILP mempunyai peluang yang sangat cerah dan menarik minat industri sebagai juruteknik dan pembantu juruteknik. Mereka juga berpeluang melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat SKM tahap 3, 4 dan 5 ynag setara dengan diploma dan ijazah seperti di ADTEC, JMTI, GMI, MFI, CIAST, IKTBN dan beberapa universiti
Siapakah yang bertanggungjawab dalam mengeluarkan sijil setelah tamat latihan ?
Sijil akan ditauliahkan setelah tamat latihan dengan jayanya oleh badan kerajaan seperti berikut iaitu Majlis Latihan Vokasional Malaysia (SKM Tahap 1 dan 2) dan juga Sijil Juruteknik Perindustrian dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
Apakah Bahasa Perantaraan Yang Digunakan Semasa Pembelajaran ?
Semasa sesi pembelajaran dijalankan, penggunaan Bahasa Malaysia sepenuhnya
Penafian : Institut Latihan Perindustrian Tangkak (ILP Tangkak) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.
Paparan terbaik Laman Web Rasmi ILP Tangkak ini adalah dengan menggunakan IE versi 11.0 & keatas dan Mozilla Firefox versi 3.6 & ke atas dengan resolusi paparan 1366 x 768 pixel
Tel: 06-9773800 | Faks: 06-9773799 | Emel: ilptangkak@jtm.gov.my