21 September 2017 - Dijalankan disetiap zon EKSA ILP Tangkak
3 & 4 April 2017 - Dilaksanakan oleh jawatankuasa Kecil Audit dan Pemantauan Amalan EKSA ILP Tangkak.
Kursus Pelaksanaan Audit EKSA telah dijalankan pada 26 Februari 2017(Ahad). Kursus yang disertai oleh semua auditor EKSA dijalankan di Bilik Seminar, Pusat Sumber berjalan dengan lancar. Kursus ini diberikan oleh Encik Hashim Bin Borham, dari Jabatan Akademik Kastam Melaka. Kursus tersebut juga melibatkan aktiviti simulasi dan juga pembentangan dari setiap kumpulan.
Pada 16 Februari 2017, sempena dengan perhimpunan bulanan pelajar, penyampaian banting EKSA turut diberikan kepada semua wakil bengkel dan zon. Penyerahan banting tersebut disediakan oleh Jawatankuasa Promosi EKSA sebagai tanda mempromosikan aktiviti EKSA di institut.
Sejurus selepas itu, taklimat EKSA juga telah diberikan kepada semua pelatih. Taklimat diberikan oleh Tuan Syed Mohd Aizuddin Bin Tuan Sembak, Pengerusi JK Audit dan PEmantauan EKSA. TAklimat tersebut bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua pelatih tentang kepentingan amalan EKSA di institut.
Selepas taklimat diberikan, semua ketua zon dan pelatih menjalankan aktiviti Gotong Royong Perdana kali pertama bagi tahun 2017 di institut. Aktiviti ini akan berterusan dan akan menjadi salah satu aktiviti bulanan bagi mengekalkan amalan EKSA di institut.
Penafian : Institut Latihan Perindustrian Tangkak (ILP Tangkak) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.
Paparan terbaik Laman Web Rasmi ILP Tangkak ini adalah dengan menggunakan IE versi 11.0 & keatas dan Mozilla Firefox versi 3.6 & ke atas dengan resolusi paparan 1366 x 768 pixel
Tel: 06-9773800 | Faks: 06-9773799 | Emel: ilptangkak@jtm.gov.my