17 April 2016 - ILP Ledang menerima kunjungan lawatan penandaarasan QE/5S oleh Pejabat Pendidikan Islam Daerah Tangkak yang diketuai oleh Tuan Haji Sulaiman Bin Aziz, Pegawai Pendidikan Islam Daerah Tangkak.
14 Februari 2016 - Jawatankuasa Pemandu 5S ILP Ledang telah membuat lawatan ke setiap zon bagi memastikan Aktiviti 5S sentiasa diamalkan sebagai langkah persediaan Lawatan Audit dari pihak MPC ke ILP Ledang nanti.
4 Februari 2016 - ILP Ledang menerima kunjungan auditor 5S dari Adtec Batu Pahat sebagai langkah-langkah persediaan sebelum menerima kunjungan rasmi daripada pihak Malaysia Productivity Corporation (MPC) untuk persijilan semula QE 5S yang ke 4.
1 Februari 2016(Isnin) - ILP Ledang menjalankan aktiviti gotong royong peringkat zon untuk memperkemas lagi ruang kerja setiap zon.
28 Januari 2016 (Khamis) - Satu Sesi Penyerahan Sijil Kecemerlangan Pembentangan SGA dan Pertandingan Penjenamaan 5s ILP Ledang telah di adakan pada Program Perhimpunan Bulanan Pelajar ILP Ledang. Semoga dengan pengiktirafan tersebut, akan menambahkan lagi semangat semua warga Institut untuk sentiasa komited dengan pelaksanaan 5S.
Pada 26 - 28 Januari 2016, satu sesi pembentangan 'Small Group Activity' (SGA) bagi setiap zon 5S di ILP Ledang telah diadakan bagi melihat perkembangan aktiviti 5s.
26 Januari 2016 (Selasa) bagi menyemarakkan lagi aktiviti 5S ILP Ledang, satu sesi perbincangan Impak Pelaksanaan Persekitaran Berkualiti (QE/5S) telah diadakan di Makmal Komputer, Pusat Sumber, ILP Ledang.
Pada 18 Januari 2016 ( Isnin) Jawatankuasa Kecil Latihan 5S ILP Ledang telah mengadakan satu sesi Taklimat 5S kepada pelajar Semester 1 sesi 1/2016. Program yang di adakan di Bilik Seminar, Pusat Sumber, ILP Ledang, di adakan untuk mendedahkan kepada kepada baru dengan amalan 5S yang sedang diamalkan di ILP Ledang. Semoga dengan adanya taklimat ini, akan membuka minda mereka untuk lebih prihatin dengan amalan 5S yang telah diamalkan sejak 4 tahun yang lepas.
Penafian : Institut Latihan Perindustrian Tangkak (ILP Tangkak) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini.
Paparan terbaik Laman Web Rasmi ILP Tangkak ini adalah dengan menggunakan IE versi 11.0 & keatas dan Mozilla Firefox versi 3.6 & ke atas dengan resolusi paparan 1366 x 768 pixel
Tel: 06-9773800 | Faks: 06-9773799 | Emel: ilptangkak@jtm.gov.my