Accessibility Tools

Aktiviti Promosi di Program Jelajah Orang Johor @Dun Serom Aspirasi Orang Muda TVET

13 September 2025 - Program Jelajah Orang Johor @DUN Serom Aspirasi Orang Muda TVET telah berlangsung di Dewan Seri Mutiara, SMK Tengku Mahmood Iskandar. Program ini menjadi medan pertemuan masyarakat setempat dalam mengukuhkan hubungan, berkongsi maklumat serta memperkukuhkan semangat kebersamaan warga Johor beraspirasikan “TVET PILIHAN UTAMA KERJAYA”
 
2 orang pegawai daripada ADTEC JTM Kampus Tangkak bersama-sama menyokong pengisian program melalui perkongsian ilmu, kemahiran serta pendedahan berkaitan bidang TVET yang ditawarkan di Kampus Tangkak. Kehadiran mereka diharap dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat dalam meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pendidikan teknikal dan latihan kemahiran seiring kehendak industri masa kini.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Related Articles