Anugerah Pingat Perak Pertandingan World Skills Malaysia Belia Tahun 2023

23 November 2023 - ILP Tangkak terus melakar kejayaan dengan penganugerahan Pingat Perak Bidang Mechanical Engineering CAD dalam Pertandingan World Skills Malaysia Belia Tahun 2023 di Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri (ATEPM) & Anugerah Tokoh Mahir (ATM) 2023.
 
Tahniah diucapkan kepada siswa ILP Tangkak Phang Jackson diatas anugerah yang diterima yang disampaikan oleh YB Tuan Sivakumar A/L Varatharaju Naidu, Menteri Sumber Manusia.
Majlis telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia dengan menyampaikan ucaptama majlis dan seterusnya menyempurnakan Pelancaran Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri (ATEPM) & Anugerah Tokoh Mahir (ATM) Tahun 2023.
 
Tuan Pengarah Ts. Mohamad Noor Bin Ismail diiringi bersama Timbalan Pengarah Operasi Ts. Azrul Norazmi Bin Abdullah serta 4 orang pensyarah pengiring dan 10 orang siswa Teknologi CADD Mekanikal (Pembuatan) ILP Tangkak berbesar hati mengiring Phang Jackson meraikan kejayaan ini.
 
Syabas dan tahniah buat semua yang terlibat
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Be Inspired, Be Extraordinary, Be World Class With TVET"
 

Related Articles