Bengkel Keterampilan Imej dan Pesona Diri 2024

14 Februari 2024 - Unit Pengurusan Psikologi ILP Tangkak telah menganjurkan Bengkel Ketrampilan Imej dan Pesona Diri dengan menyasarkan penyertaan semua kakitangan wanita ILP Tangkak.

Objektif perlaksanaan bengkel ini adalah untuk memperkasakan imej dan meningkatkan keyakinan diri kakitangan selain berkongsi maklumat berkaitan kekuatan aura warna, penggayaan tudung  dan solekan yang dapat memberikan energi dan motivasi kepada kakitangan wanita.

Sekalung tahniah kepada semua kakitangan wanita yang menghadiri bengkel dan penghargaan terima kasih kepada Tuan Pengarah Ts Mohamad Noor bin Ismail di atas kesudian menyampaikan sijil kepada peserta serta terima kasih diucapkan kepada En Al Hazari selaku AKRAB ILP Tangkak kerana meluangkan masa membacakan doa buat kakitangan wanita ILP Tangkak.

 

“Jom Masuk ILP Tangkak”

“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”

"Empowering Skills, Igniting Futures"

“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”

Related Articles