ILP Tangkak Rangkul 2 Pingat Emas, 4 Pingat Perak dan 2 Pingat Gangsa dalam Pertandingan Innovation Development Through Educational Activities (iDEA’24)

6-7 Julai 2024 - Tahniah diucapkan diatas kejayaan semua peserta ILP Tangkak dalam Pertandingan Innovation Development Through Educational Activities (iDEA’24) yang telah berlangsung di IKTBN Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
 
Sekalung Tahniah juga diucapkan Bahagian Teknologi Fabrikasi Logam yang berjaya menjadi Johan Keseluruhan Bidang A: Teknologi Mekanikal, Kategori Pelajar IPT/ILK.
 
Syabas buat peserta:
• Ts. Dr. Saiful Din Bin Sabdin – Penyelia
• Hadwan Aqil Bin Abd Manan
• Wafy Syameer Bin Moin
• Mohamas Rafie Bin Idris
 
Keputusan penuh Pertandingan Reka Cipta dan Inovasi - iDEA' 24
 
Pingat Emas
1. Go green smart JIG ASSEMBLY (Johan keseluruhan kategori Mekanikal)
2. Smart jar opener
 
Pingat Perak
1. Inovasi katil oku
2. P& PW stand gadget
3. EDU 3P1A
4. EDU multipurpose conveyor
 
Pingat Gangsa
1.mesin penggulung mudah alih
2.jig root gap pipe & plate
 
Program tahunan anjuran Kementerian Belia dan Sukan yang melibatkan semua pelajar Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan ILKBS dan terbuka juga kepada pelajar-pelajar sekolah, Institusi Pengajian Tinggi (IPT) serta Institusi Latihan Kemahiran (ILK) seluruh negara. Untuk makluman pada tahun 2024 pertandingan Reka Cipta ini telah menerima sebanyak 578 penyertaan dan 18 pasukan yang terpilih ke peringkat akhir.
 
Ucapan Majlis Perasmian Penutup & Penyampaian Hadiah Youth Challenge 2024 (Y RoboC' 24) & Inovation Development Through Educational Activities (iDEA'24) telah di sempurnakan oleh YB Adam Adli Bin Abd Halim selaku Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia.
 
Semoga pendedahan yang diberikan buat pelajar dalam penyertaan pertandingan seperti ini akan melahirkan generasi yang lebih kreatif dan berinovasi.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Related Articles