Program Hari Sukan Negara Peringkat ILP Tangkak Tahun 2023

26 Oktober 2023 - ILP Tangkak berkolaborasi bersama Koperasi ILP Tangkak dalam penganjuran Program Hari Sukan Negara Peringkat ILP Tangkak dengan penyertaan melibatkan semua kakitangan dan pelajar ILP Tangkak.
 
Program dimulakan dengan aktiviti zumba dengan iringan dari Fufoo Studio Fufoo Fuhad Anuar dan seterusnya diteruskan dengan sesi larian ‘Fun Run 10km’ bermula dari Pos Pengawal ILP Tangkak ke Taman Negara Gunung Ledang dan berakhir di Pos Pengawal ILP Tangkak.
 
Semoga objektif utama penganjuran program bagi menggalakkan budaya bersenam, bersukan dan beriadah dikalangan warga ILP Tangkak tercapai dan melahirkan warga ILP Tangkak sihat dan cergas.
 
Tahniah buat semua yang terlibat.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Be Inspired, Be Extraordinary, Be World Class With TVET"

Related Articles