EKSA @ ADTEC JTM Kampus Tangkak

ADTEC JTM Kampus Tangkak adalah salah satu institut yang dibangunkan oleh Jabatan Tenaga Manusia di bawah Kementerian Sumber Manusia bertujuan melahirkan tenaga mahir yang berketrampilan bagi memenuhi kekosongan dalam bidang perindustrian di alaf ini.

EKSA merupakan suatu amalan yang boleh mewujudkan suasana tempat kerja yang selesa dan berkualiti. Oleh yang demikian, semua jabatan kerajaan disarankan untuk mengamalkan amalan EKSA.

Di ADTEC JTM Kampus Tangkak, pelaksanaan EKSA akan dikuatkuasakan bermula pada tahun 2017. Semua bengkel dan unit terlibat secara langsung dalam perlaksanaan amalan ini. Unit dan Bengkel di ADTEC JTM Kampus Tangkak di bahagikan kepada beberapa zon. Nama zon adalah terdiri dari nama kayu sebagai simbol kepada imej ADTEC JTM Kampus Tangkak sebagai Bestari Dalam Taman.

ADTEC JTM Kampus Tangkak telah mendapat Persijilan Berkualiti (QE/5S) kali pertama seawal pada 1 Jun 2012. ADTEC JTM Kampus Tangkak merupakan Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia yang ke-8 yang mendapat sijil dari Malaysia Productivity Corporation (MPC) dengan memperoleh 88% markah.

ZON BAHAGIAN
ANGSANA TEKNOLOGI KOMPUTER (RANGKAIAN)
JATI TEKNOLOGI MEKATRONIK
TEMBUSU UNIT DAN PENTADBIRAN
MERBAU ASRAMA DAN SURAU
MERANTI TEKNOLOGI FABRIKASI STRUKTUR LOGAM (MINYAK & GAS)
PULAI TEKNOLOGI PLASTIK DAN JABATAN PENGAJIAN UMUM
CENGAL TEKNOLOGI PEMBUATAN
BELIAN TEKNOLOGI KIMPALAN
CENDANA TEKNOLOGI CADD MEKANIKAL

 

Kini pelaksanaan amalan EKSA bakal dilaksanakan dengan beberapa penambahbaikan. Antaranya:

  1. Imej Korporat
  2. Persekitaran Yang Kondusif
  3. Kreativiti dan Inovasi
  4. Go Green

Kesemua elemen ini terdapat di dalam pelaksanaan EKSA. Bermula denganBig Cleaning Day, diharapkan pelaksanaan EKSA akan dapat memberi impak yang besar terhadap ADTEC JTM Kampus Tangkak kerana ia dapat memenuhi keperluan semasa serta meningkatkan imej korporat pada institut.

Selain itu, Gotong Royong Perdana peringkat bahagian juga dilaksanakan. Antara Aktiviti yang dilakukan adalah penyusunan dan pembersihan ruangna setiap zon bagi penambahbaikan, mengecat dan membersihkan setiap ruang di setiap zon, Seluruh warga ADTEC JTM Kampus Tangkak juga didedahkan dengan amalan "EKSA sebelum balik" dimana setiap ahli akan memperuntukkan masa selama 10 minit sebelum balik bagi membersihkan ruangan kerja.

Secara tidak langsung, aktivit-aktiviti EKSA iaitu sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amal dapat melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran para pelajar di institut dengan memperlihatkan aktiviti pengajaran yang lebih berkesan, kesan daripada pengurusan sistem yang lebih efektif dengan melaksanakan amalan EKSA. Kesimpulannya, kesan jangka panjang yang dijangka pihak pengurusan institut adalah mempertingkatkan proses pembelajaran yang lebih baik dengan menyediakan kemudahan-kemudahan pembelajaran yang sesuai dan dalam keadaan baik. Pengurangan kos penyelenggaraan juga diharap dapat dilihat pada jangka masa panjang dengan menjaga peralatan-peralatan pembelajaran melalui aktiviti EKSA.

Amalan EKSA JTM khususnya di ADTEC JTM Kampus Tangkak bertujuan membentuk budaya persekitaran berkualiti dengan mengutamakan kebersihan, kekemasan, keselamatan dan kecekapan, sesuai dengan peranan JTM sebagai Peneraju Latihan Kemahiran Negara dan Mencapai budaya kerja cemerlang dan persekitaran berkualiti menerusi Amalan EKSA selaras dengan imej JTM sebagai Peneraju Latihan Kemahiran Negara.