Peranan Jawatankuasa

PERANAN AHLI JAWATANKUASA EKSA ADTEC JTM Kampus Tangkak


(a) Pengerusi/Naib Pengerusi

  1. Menentukan hala tuju keseluruhan pelaksanaan EKSA.
  2. Membentuk pelan tindakan pelaksanaan EKSA.
  3. Menetapkan dasar, peraturan dan garis panduan.
  4. Menentukan belanjawan dan sumber-sumber kewangan.
  5. Mengemukakan cadangan pelantikan Ahli Jawatankuasa kepada pihak pengurusan.
  6. Mengawasi dan menilai kemajuan pelaksanaan.
  7. Memantau kemajuan pelaksanaan EKSA melalui contoh amalan terbaik.


(b) Penyelaras /Penolong Penyelaras EKSA

  1. Membantu menentukan hala tuju keseluruhan pelaksanaan EKSA.
  2. Memastikan pelan tindakan pelaksaan EKSA berjalan sepertimana yang telah dirancang.
  3. Menjadualkan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan EKSA.
  4. Menyelaras aktiviti-aktiviti EKSA yang dianjurkan.
  5. Menyelaras dan mengendalikan aktiviti Go Green / Recycle EKSA;
  6. Menyelaras dan mengemaskini buku panduan pelaksanaan EKSA.
  7. Menguruskan belanjawan dan implikasi kewangan yang terlibat dengan aktiviti EKSA.
  8. Melaporkan kemajuan dan status pelaksanaan EKSA.
  9. Menyelaras Laporan Pencapaian Aktiviti EKSA (termasuk slaid).
  10. Memberikan input kepada Setiausaha untuk kemaskini sudut induk EKSA;
  11. Bertanggungjawab terhadap persediaan dan penyelarasan audit Persijilan EKSA dan bertindak sebagai Urusetia.
  12. Menguruskan permohonan persijilan EKSA.
  13. Memastikan persijilan EKSA berjaya diperolehi dan dikekalkan.

 

(c) Fasilitator EKSA

  1. Memberikan panduan kepada ketua zon, ahli serta lain-lain Jawatankuasa EKSA.
  2. Memantau dan memberi panduan pelaksanaan EKSA sepertimana yang telah ditetapkan dalam pelan pelaksanaan EKSA.
  3. Menjadi perantara untuk menyampaikan maklumat terkini antara pihak pengurusan dengan kumpulan pelaksana.
  4. Menjadi pakar rujuk bagi pelaksanaan EKSA di Jabatan.
  5. Membantu pihak pengurusan semasa sesi pembentangan dan penyelarasan audit Persijilan EKSA.
  6. Lain-lain tugas berkaitan dengan pelaksanaan EKSA.


(d) Setiausaha EKSA

  1. Menguruskan dan mengemaskini sudut induk EKSA.
  2. Menguruskan mesyuarat EKSA.
  3. Memastikan semua dokumen berkaitan aktiviti EKSA disimpan di dalam fail.
  4. Membantu Penyelaras EKSA semasa Audit Persijilan EKSA.
  5. Lain-lain tugas berkaitan dengan pelaksanaan EKSA.


(e) JK Audit EKSA

  1. Menyediakan kriteria audit dalam EKSA.
  2. Menentukan kekerapan aktiviti audit dalam EKSA.
  3. Melaksanakan audit dalam EKSA.
  4. Menyediakan laporan dan analisis keputusan audit dalam EKSA.
  5. Melapor serta mewawarkan keputusan audit kepada semua warga.
  6. Lain-lain aktiviti yang berkaitan dengan audit EKSA.


(f) JK Latihan EKSA

  1. Menyediakan pelan pelaksanaan aktiviti latihan bagi memupuk budaya EKSA kepada semua warga kerja dalam organisasi;
  2. Menyelaras dan memastikan setiap warga kerja diberikan latihan EKSA secukupnya.
  3. Menjalankan lawatan penandaaras EKSA ke tempat yang boleh dijadikan contoh.
  4. Menyediakan format label yang seragam bagi fail, pergerakan kakitangan dan lain-lain dokumen/tempat standard untuk kakitangan dan seluruh kawasan institut.
  5. Menyediakan layout kawasan kerja yang standard;
  6. Memastikan semua kawasan yang digazetkan menggunakan label yang seragam.
  7. Lain-lain aktivitiyang memerlukan penyeragaman.
  8. Lain-lain aktiviti yang berkaitan dengan latihan EKSA.

(g) JK Promosi EKSA

  1. Menyediakan pelan pelaksanaan aktiviti promosi EKSA;
  2. Mengenal pasti serta menguruskan aktiviti/kempen promosi (seperti countdown board dan pertandingan logo EKSA) bagi memupuk kesedaran penyertaan untuk menjayakan pelaksanaan EKSA;
  3. Menganalisis keberkesanan aktiviti promosi yang telah dilaksanakan;
  4. Menyelaras lawatan penandaarasan dari Jabatan lain.
  5. Melaporkan status pelaksanaan aktiviti dan tahap kesedaran EKSA di kalangan warga jabatan/agensi.
  6. Menganjurkan pertandingan berkaitan bagi meningkatkan penglibatan dan kesedaran EKSA.
  7. Lain-lain aktiviti yang berkaitan dengan promosi.


(h) Ketua/Penolong Zon

  1. Mengadakan mesyuarat secara berkala dengan ahli-ahli kumpulan;
  2. Merancang aktiviti kumpulan;
  3. Memberikan maklum balas mengenai status pelaksanaan EKSA kepada Penyelaras.
  4. Membantu memberikan panduan dan tunjuk ajar kepada ahli-ahli kumpulan.
  5. Melaksanakan aktiviti Go Green / Recycle EKSA;
  6. Memastikan pelaksanaan peraturan-peraturan keselamatan yang telah ditentukan seperti yang terdapat di dalam Buku Arahan Keselamatan.
  7. Mengambil langkah-langkah yang perlu dalam aspek keselamatan fizikal jabatan.
  8. Memastikan pelaksanaan dan pematuhan prosedur dan peraturan pengurusan aset dan stok seperti yang telah ditentukan seperti yang terdapat di dalam Pekeliling dan Arahan berkaitan yang terkini.
  9. Lain-lain aktiviti yang berkaitan dengan pengukuhan dan pelaksanaan EKSA.


(i) Ahli EKSA

  1. Membantu menentukan hala tuju keseluruhan pelaksanaan EKSA
  2. Membantu membentuk pelan tindakan pelaksanaan EKSA
  3. Membantu menentukan belanjawan dan sumber-sumber kewangan;
  4. Melaksanakan aktiviti EKSA sepertimana yang diselaraskan oleh Jawatankuasa EKSA dan Ketua Zon.
  5. Membantu mengawasi dan menilai kemajuan pelaksanaan; dan
  6. Membantu memantau kemajuan pelaksanaan EKSA melalui contoh amalan terbaik.