Teknologi Komputer (Rangkaian)

Kursus ini memberi penumpuan mengenai Teknologi Komputer Rangkaian pada masa kini bagi memenuhi keperluan pekerjaan sektor industri yang mempunyai daya saing yang tinggi dipasaran pekerjaan. Program ini diwujudkan untuk memperkenalkan pelajar kepada teori dan amali mengenai konsep rangkaian, rekabentuk, implementasi dan penyelenggaraan rangkaian komputer.

Para pelajar juga akan mempelajari mengenai pengetahuan kemahiran di dalam Perkakasan Komputer, Organisasi Komputer, Asas Rangkaian, Perkhidmatan Internet, Switching dan Routing, Rekabentuk Rangkaian, Pengurusan Pelayan dan Keselamatan Rangkaian

Para pelajar juga akan didedahkan dengan penggunaan perisian sumber terbuka dalam Sistem Pengoperasian Sumber Terbuka dan Sistem Pangkalan Data. Program ini juga akan mendedahkan pelajar mengenai Keperluan Pengkomputeran, Prinsip Pengaturcaraan, Asas Pengaturcaraan dan Pengaturcaraan Rangkaian, Keusahawanan serta Rekabentuk dan Analisa Projek.

 

Senarai Modul

Semester 1 / Tahap 3

 

KOD MODUL NAMA MODUL
F02-01-11 OFFICE APPLICATION
F02-01-11 COMPUTER HARDWARE & SOFTWARE
F02-01-12 NETWORK FUNDAMENTAL
F02-01-13 NETWORK STRUCTURED CABLING
MT 1071 MATHEMATIC 1
PH 1081 PHYSIC 1
PI 1031/PM1041 ISLAMIC STUDIES 1 / MORALE STUDIES 1
TE 1091 TECHNICAL ENGLISH 1
KK 1071 CO-CURICULUM 1

 

Semester 2 / Tahap 3

KOD MODUL NAMA MODUL
F02-02-11 SERVER ESSENTIAL
F02-02-12 WIRELESS TECHNOLOGY
F02-02-13 FIBER NETWORK CABLING 
F02-02-14 COMPUTER AND NETWORK SECURITY
F02-02-15 PROJECT MANAGEMENT
MT2071 MATHEMATIC 2
PH 2081 PHYSIC 2
PI 2031/PM2041 ISLAMIC STUDIES 2 / MORALE STUDIES 2
TE 2091 TECHNICAL ENGLISH 2
KK 2071 CO-CURICULUM 2

 

Semester 3 / Tahap 3

 

 

KOD MODUL NAMA MODUL
F01-03-11 COMPUTER NETWORK MAINTENANCE
F02-03-12 LINUX ESSENTIAL
F02-03-13 FUNDAMENTAL OF PROGRAMMING
F02-03-14 ETHERNET SWITCHING
F02-03-15 MOBILE DEVICE CONFIGURATION
MT 3071 MATHEMATIC 3
ES 3101 PHYSIC 3
PI 3031/PM3041 ISLAMIC STUDIES 3 / MORALE STUDIES 3

 

 

 

DIPLOMA

Semester 4 / Tahap 4

 

KOD MODUL NAMA MODUL
G02-04-11 SERVER CONFIGURATION
G02-04-12 COMPUTER NETWORK SECURITY DEPLOYMENT
G02-04-13 COMPUTER NETWORK MAINTENANCE MANAGEMENT
G02-04-14 ROUTER AND ROUTING CONFIGURATION
G02-04-15 OPEN SOURCE ADMINISTRATION
MK 4011 MATHEMATIC 4
SK 4081 ENGINEERING SCIENCE 4

 

 

Semester 5 / Tahap 4

 

KOD MODUL NAMA MODUL
G02-05-11 SERVER MAINTENANCE ADMINISTRATION
G02-05-11 COMPUTER SYSTEM & NETWORK PROCUREMENT
G02-05-11 WAN TECHNOLOGY
  PROJEK TAHUN AKHIR

 

 

 

Kemudahan Yang Disediakan:

Bahagian Teknologi Komputer (Rangkaian) menyediakan kemudahan seperti :

  • 4 makmal komputer (berhawa dingin).
  • 1 Makmal server maintenance dan fiber obtic cabling (berhawa dingin).
  • 1 Makmal pendawaian rangkaian dan pemasangan Komputer (berhawa dingin).
  • 1 Makmal Router and Routing Configuration (berhawa dingin).
  • 1 makmal  PC Maintenance (berhawa dingin)
  • Kelengkapan bengkel yang lengkap
  • Komputer yang disediakan mengikut spesifikasi yang terkini dan dilengkapi dengan software yang diguna pakai di industri.
  • Latihan yang diberi oleh Pensyarah/Pakar-pakar yang di iktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)

 

Persijilan

  • Sijil Juruteknik Perindustrian oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM).
  • Diploma Komputer Rangkaian Oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM)
  • Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dan Tahap 4 oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran  (JPK).
  • Pelajar akan dinilai berdasarkan sistem CGPA dan GPA.

 

Aktiviti Luar Yang Pernah Dijalankan

  • 2024 -  Pingat Platinum dalam Pertandingan Kreativiti dan Inovasi (CITEC 2024)
  • 2023 - Pingat Emas dalam Invention, Innovation & Technologi Exhibition (ITEX 2023)
  • 2023 - Pingat Platinum dalam Pertandingan Kreativiti dan Inivasi (CITEC 2023)
  • 2021 - Pingat Emas dalam Pertandingan National Innovation & Invention Competition Through exhibition (ICOMPEX 2021)
  • 2019 - Pingat Emas Pertandingan Research & Innovative Technology Competition di UiTM Pagoh
  • Program Latihan 1 Malaysia dalam bidang Teknologi Komputer Rangkaian.
  • Pertandingan Kemahiran Malaysia (PKM).
  • Mewakili Malaysia dalam pertandingan World Skills Compitation (WSC) 2015 di Sao Poulo, Brazil.
  • Mewakili Malaysia dalam Pertandingan Asean Skills Competition di Jakarta Indonesia (2013), Hanoi Vietnam (2014) dan Kuala Lumpur Malaysia (2016).
  • Program projek Pembangunan Rangkaian di Jabatan Penerangan Tangkak Johor.
  • Program projek penyelengaraan rangkaian di sekolah-sekolah daerah Tangkak Johor.

 

 Prospek Kerja

  • Peluang pekerjaan kebanyakannya terdapat dalam industri teknologi komputer rangkaian, pengurusan rangkaian, keselamatan maklumat, sokongan pelayan dan multimedia interaktif yang boleh diaplikasikan kepada bidang kerjaya yang luas dalam perniagaan dan dunia industri ICT.
  • Para lepasan kursus ini boleh mendapat pekerjaan sebagai Personel Penyelenggaraan, Personel Sokongan Rangkaian, Pentadbir Rangkaian, Eksekutif  Sokongan Maklumat / IT, Penolong Teknikal Komputer, Jurutera Sokongan IT, Pembantu Jurutera Rangkaian, Pembangun IT dan Help desk.
  • Mereka juga berpeluang melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) ke Tahap 4 (setaraf Diploma) dan Tahap 5 (setaraf Ijazah) di institut-institut kemahiran lanjutan seperti ADTEC, JMTI dan lain-lain.

 

Peralatan Latihan

Software

  • Technical drawing visio 2013
  • Network simulation VMware 10.0
  • Windows Server 2012
  • Cisco Aspire
  • Packet Tracer 6.3



Aktiviti Pelajar

Related Articles