Accessibility Tools

Majlis Konvokesyen Program Akademi Dalam Industri dan Peningkatan Kemahiran Pekerja Industri 2025 (2)

18 November 2025 || Majlis Konvokesyen Program Akademi Dalam Industri dan Peningkatan Kemahiran Pekerja Industri 2025
 
Majlis ini melibatkan syarikat-syarikat utama hasil kolaborasi antara ADTEC JTM Kampus Tangkak bersama pihak industri untuk meningkatkan kemahiran bakat tempatan, terutamanya dalam sektor berteknologi tinggi seperti semikonduktor, selaras dengan keperluan industri semasa.
 
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua graduan industri daripada empat syarikat yang telah berjaya menamatkan program dan seterusnya layak memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia Tahap Tiga dalam bidang masing-masing:
* STMicroelectronics Sdn. Bhd.
* Micron Semiconductor Malaysia Sdn. Bhd.
* Top Empire Sdn. Bhd.
* V.S. Industry Berhad
 
Majlis ini telah melibatkan seramai 71 orang graduan dan disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia, YBhg. Datuk Rospiagos Bin Taha. Dalam ucapannya beliau menekankan konsep KITA (Kebersamaan Ini Tiada Akhirnya) dan ASKAR ( Atitude, Skills, Knowledge, Agile, Resilience) yang perlu dimiliki oleh graduan dan pengajar serta sokongan berterusan pihak industri dalam pembangunan TVET di Malaysia khususnya di JTM. Tidak lupa juga beliau mengucap tahniah kepada pihak syarikat dan ahli keluarga graduan yang telah memberi sokongan dan dokongan sepanjang tempoh latihan yang dilalui oleh graduan.
 
Semoga kerjasama industri ini akan berterusan dan lebih banyak lagi kerjasama dapat diwujudkan pada masa hadapan dalam usaha melestarikan TVET di Malaysia.
 
Syabas dan Tahniah Buat Semua Graduan!!
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”