gangguan tel 2024 bm.png
sutekno.png
banner-uptvet2023-1.png
WebPengambilan22024.png
FLYERS TAWARAN 2-2024 ILP TANGKAK (1300 x 400 px).png
Kami Pelajar Tahfiz pilih kemahira TVET ILP TANGKAK.pdf (1300 x 400 px).png
previous arrow
next arrow

Perlawanan Persahabatan Futsal Antara ILP Tangkak & Madrasah Riyaad Al Maa'Rif Sagil

15 DISEMBER 2023 - Telah berlangsung dengan jayanya perlawanan persahabatan futsal antara ILP TANGKAK dengan Madrasah Riyaad Al Maa'rif Sagil Tangkak. Perlawanan ini telah menghantar 3 pasukan di kalangan pelajar bertemu 3 pasukan warga madrasah yang terbaik.

 

Objektif perlawanan persahabatan futsal adalah untuk memupuk semangat bersukan dan mengwujudkan hubungan sosial komuniti setempat antara institut dan madrasah. Selain itu juga, dapat menjadi platform untuk mempromosikan ILP yang menjadi peneraju TVET.

 

Setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak Madrasah Riyyad Al Maa'rif Sagil - Ustaz Tn Hj Mohd Nizam Bin Hj Othman selaku penaung Madrasah kerana menerima kunjungan kami ke Gelanggang Serbaguna Arena Futsal.

 

"Bola futsal dibawa berjalan,

Menjalin hubungan amanah dan tugas;

Rajin dan tabah dalam bersukan,

Minda cerdas jasmani cergas."

 

Tahniah kepada semua yang terlibat dalam aktiviti sukan Futsal.

 

Pihak pengurusan Pelajar dan Latihan (BPPL) memperlawa belia remaja sekitar Sagil Tangkak untuk belajar di ILP selaku peneraju TVET untuk memilih pengajian dalam Kemahiran anda. JOM MASUK ILP TANGKAK. Sila hubungi En Mohd Rafizi di talian 06-9773800 ext 102/250.

 

Layari laman web rasmi www.ilptangkak.gov.my

https://linktr.ee/Bpplilptangkak...

 

“Jom Masuk ILP Tangkak”

“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”

"Be Inspired, Be Extraordinary, Be World Class With TVET"

 

Jobfair ADTEC Melaka @ MyFutureJobs 2023

14 DISEMBER 2023 - Seramai 40 orang pelajar dan 2 orang pegawai pengiring menghadiri program JOBFAIR ADTEC MELAKA @ MYFUTUREJOBS 2023. Program ini telah berlangsung di Dewan Serbaguna ADTEC, Alor Gajah Melaka.
 
Objektif program adalah untuk memberi peluang pelajar mendapat infomasi dan peluang pekerjaan di sektor industri serta infomasi melanjutkan pengajian dalam bidang yang diceburi. Setinggi-tinggi terima kasih kepada urusetia atas kesudian menjemput ILP TANGKAK.
 

“Jom Masuk ILP Tangkak”

“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”

"Be Inspired, Be Extraordinary, Be World Class With TVET"

Pertandingan Robattle Antarabangsa UniKL 2023

10-12 Disember 2023 - ILP Tangkak ditempat Kedua dan Ketiga Dalam Pertandingan Inovasi di Pertandingan Robattle Antarabangsa UniKL 2023 yang di adakan di UniKL Malaysia France Institut, Bandar Baru Bangi.
 
Tahniah buat bengkel Teknologi Mekatronik (Tempat Kedua), Teknologi Fabrikasi Logam (Tempat Ketiga) dan bengkel Teknologi Cadd Mekanikal (Pembuatan) di atas kejayaan dan penyertaan dalam Pertandingan Inovasi dan Robot Combat yang diadakan dalam acara kali ini.
 
Kejayaan dan semangat yang dipamerkan menyunting semangat buat semua untuk terus berinovasi dan berjuang.
 
Syabas buat semua!!
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Be Inspired, Be Extraordinary, Be World Class With TVET"

Kursus Pengenalan Kepada Lukisan Berbantukan Komputer (CAD) 2D & 3D

11 - 12 Disember 2023 - Bengkel Teknologi CADD Mekanikal, ILP Tangkak telah melaksanakan Kursus kepada 23 orang pelajar dan 2 orang guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gambir, Tangkak, Johor.
 
Kursus in dibimbing oleh tenaga pengajar pakar dari bidang Teknologi CADD Mekanikal yang terdiri daripada En Imran Bin Ishak, En Muhamad Ashraf Bin Salmin dan Puan Nor Rafizah Binti Zakaria.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Be Inspired, Be Extraordinary, Be World Class With TVET"
Tajuk KURSUS YANG DITAWARKAN (1300 × 130 px) (1300 × 110 px) (1).png
AKTIVITIBERITATERKINI
Baca Selanjutnya/Read More Aktiviti Semasa/Current Activity  
INFOTERKINI
kemudahan

Tag Popular

Penerbitan