gangguan tel 2024 bm.png
sutekno.png
banner-uptvet2023-1.png
WebPengambilan22024.png
FLYERS TAWARAN 2-2024 ILP TANGKAK (1300 x 400 px).png
Kami Pelajar Tahfiz pilih kemahira TVET ILP TANGKAK.pdf (1300 x 400 px).png
previous arrow
next arrow

Kursus Jangka Pendek – Basic Microsoft Word & Google Form

19-21 Jun 2023 - Unit Cess ILP Tangkak telah menganjurkan kursus Basic Microsoft Word dan Google Form yang disertai oleh 50 orang Kakitangan Majlis Daerah Tangkak. Kursus ini dijalankan selama 3 hari di Makmal Komputer Teknologi Komputer (Rangkaian) dan disampaikan oleh tenaga pengajar yang pakar di dalam bidang IT.
 
Semua peserta di didedahkan penggunaan asas Microsoft Word dan Teknik menggunakan Google Form sebagai Langkah menambah baik kemahiran menggunakan aplikasi komputer untuk membantu kerja-kerja harian mereka.
 
Semoga matlamat utama penganjuran kursus tercapai dan dapat membantu meningkatkan mutu kerja kepada peserta yang terlibat.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
"Be Inspired, Be Extraordinary, Be World Class With TVET"
 

Lawatan Muhibbah Komuniti Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tangkak.

21 JUN 2023 - Pihak Pengurusan Pelajar dan Latihan (BPPL) ILP Tangkak telah berkunjung ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tangkak untuk lawatan kerja Promosi Jom Masuk ILP.
Objektif kami adalah memperkenalkan ILP Tangkak dan plan halatuju Jabatan bersama PPD kepada pelajar yang tidak mendapat tempat di IPT. Institut Latihan Perindustrian Tangkak menawarkan Latihan TVET sebagai pilihan terbaik.
 
Latihan TVET (Vocational Education and Training) merupakan pilihan yang sangat baik untuk mengembangkan keterampilan dan mempersiapkan diri dalam bidang pekerjaan. Ini akan membantu pelajar menjadi lebih bersedia untuk memasuki dunia kerja.
 
Lawatan ini disertai oleh Tuan Pengarah Ts Mohamad Noor Bin Ismail, Timbalan Pengarah Latihan En Ts Aznizan Bin Md Nor dan Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan En Mohd Rafizi Bin Yasabah.
 
Setinggi-tinggi terima kasih atas ucapan kepada pihak PPD Tangkak kerana sudi menerima kunjungan pihak kami. Semoga ukhwah ini dapat diteruskan untuk Pendidikan TVET dapat membuka pintu untuk peluang pelajar dalam bidang kemahiran dan memperkasakan TVET jabatan.
 
 
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
"Be Inspired, Be Extraordinary, Be World Class With TVET"

Program Pemantapan Kakitangan Institut Latihan Perindustrian Tangkak

3-4 Jun 2023 - 68 orang pegawai dan kakitangan ILP Tangkak telah terlibat dalam Program Pemantapan Kakitangan ILP Tangkak (Team Building) yang dilaksanakan di Telok Gorek Mersing. Kursus ini bertujuan untuk membantu meningkatkan efektiviti dan mutu kerja sebuah Organisasi. Dalam kursus ini, peserta mempelajari konsep dan prinsip dasar yang terkait dengan membangun dan memperkuat kerjasama dalam sebuah pasukan.
 
Dengan tercapainya tujuan tersebut, Kursus Pemantapan Kakitangan (Team Building) ini dapat membantu meningkatkan mutu kerja sebagai pasukan dan mengurangi konflik, serta mencapai hasil yang lebih baik dalam konteks kerja bersama.
 
ILP Tangkak terbaik !!
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
"Be Inspired, Be Extraordinary, Be World Class With TVET"
 

Program Jom Masuk ILP Tangkak di PPID Tangkak

22 Mei 2023 - Lawatan ke Pejabat Pendidikan Islam Daerah Tangkak (PPID) bagi mempromosikan jabatan untuk halatuju TVET pelajar Tahfiz Madrasah sekitar Daerah Tangkak. Lawatan ini juga mempelawa Kursus Jangka Pendek (KJP) buat kakitangan Ustaz dan Ustazah dalam bidang kemahiran.
 
Fokus utama adalah mempromosikan kursus sepenuh masa dengan menawarkan pengajian percuma sepanjang pengajian. Pelajar Tahfiz yang berminat dalam bidang kemahiran boleh memilih salah satu daripada program-program yang ditawarkan untuk mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia dan diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK.)
 
Lawatan ini dihadiri oleh Tuan Pengarah Ts Mohamad Noor Bin Ismail, Puan Noorashikin Binti Saari (Pegawai Kaunselor), En Mohd Rafizi bin Yasabah (Pen. Pengarah Pengurusan Pelajar dan Latihan) dan Puan Shakila Binti Zainal (Pen Pegawai unit CESS ILP Tangkak).
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
"Be Inspired, Be Extraordinary, Be World Class With TVET"
 
 
 
Tajuk KURSUS YANG DITAWARKAN (1300 × 130 px) (1300 × 110 px) (1).png
AKTIVITIBERITATERKINI
Baca Selanjutnya/Read More Aktiviti Semasa/Current Activity  
INFOTERKINI
kemudahan

Tag Popular

Penerbitan