Perhimpunan bulanan Kakitangan Bersama Pengarah Bil 1/2024

26 Mac 2024 - Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) ILP Tangkak telah menganjurkan Perhimpunan Bulanan Kakitangan Bersama Pengarah Bil 1/2024.

Perhimpunan kali ini diisi dengan sesi penghargaan kepada semua kakitangan yang berjaya memperoleh pingat dalam Pertandingan Kreativiti dan Inovasi (CITEC) 2024 yang telah diadakan di ADTEC Melaka pada 6 & 7 Mac 2024. ILP Tangkak telah berjaya mendapat pingat bagi setiap 12 penyertaan dalam pertandingan ini iaitu 2 Pingat Platinum, 2 Pingat Emas, 7 Pingat Perak dan 1 Pingat Gangsa. Tahniah dan Syabas buat semua.

Program turut diselitkan dengan sesi pengenalan kakitangan baru melapor ke ILP Tangkak. Semoga ILP Tangkak terus cemerlang dalam apa jua bidang dan penglibatan yang disertai.

“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Related Articles