Accessibility Tools

Program Lensa Dan Retreat Kepimpinan MPP Dan PRS 2026: Lawatan Ke Proton Institut (2)

12-13 September 2026 - Unit Pengurusan Psikologi bersama Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan ADTEC JTM Kampus Tangkak telah menganjurkan Program LENSA dan Retreat Kepimpinan MPP dan PRS 2026 melalui lawatan ke Proton Institut, Melaka yang melibatkan barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).
 
Program ini merupakan satu platform pembangunan kepimpinan yang menggabungkan elemen pemantapan kendiri, kesejahteraan psikologi, ukhuwah, aktiviti sosial, kesenian dan gaya hidup sihat.
 
4 Pengisian Utama Program
1. Kursus Pemantapan Pemimpin @ Proton Institut: Sesi refleksi kendiri bersama Pegawai Psikologi Proton Institut, En. Mohd Aizat bin Shamsuddin untuk mengenali potensi, memaafkan kesilapan lalu, dan mengurus diri sebelum memimpin orang lain.
2. Aktiviti Boling: Sesi santai bagi mengeratkan ukhuwah, membina kepercayaan, dan memantapkan semangat kerjasama berpasukan.
3. Santunan Komuniti @ Bandar Hilir: Penglibatan dalam aktiviti kesenian untuk membuktikan kebolehan pelajar TVET yang serba boleh dalam masyarakat, sambil mempromosikan ADTEC JTM.
4. Terapi Alam @ Taman Botanikal Melaka: Aktiviti melepaskan tekanan dengan menikmati kehijauan alam, menekankan kepentingan pemimpin menjaga kesejahteraan emosi dan mental mereka sendiri.
 
Program ini bermatlamat untuk melahirkan barisan pemimpin pelajar yang matang, positif, berdaya tahan, dan mampu menjadi sistem sokongan yang utuh buat warga ADTEC JTM Kampus Tangkak.
 
Tahniah dan syabas kepada semua peserta yang telah memberikan komitmen sepanjang program!
 
“Kenali Diri. Perkasa Potensi. Hargai Amanah. Jaga Diri”
 
MPP & PRS ADTEC JTM Kampus Tangkak - Memimpin Dengan Jiwa, Berkhidmat Dengan Amanah.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”