Accessibility Tools

Pertandingan Nasyid Sempena Sambutan Maulidur Rasul (2)

21 Ogos 2026 - Pertandingan Nasyid Sempena Sambutan Maulidur Rasul anjuran bersama Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan (BPPL) dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ADTEC JTM Kampus Tangkak. Pertandingan ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan apabila semua bengkel mengambil bahagian dengan penuh semangat dan komitmen.
 
Pelbagai persembahan nasyid yang menarik telah dipersembahkan, bukan sahaja menyerlahkan bakat dan kreativiti para pelajar, malah turut menyemarakkan rasa kecintaan dan kerinduan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
 
Program seperti ini diharapkan dapat menjadi wadah untuk menyemai dan memperkukuhkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW, menghayati sirah serta akhlak Baginda, dan seterusnya menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh dan teladan dalam kehidupan seharian.
 
Semoga pertandingan ini dapat diteruskan pada masa akan datang dengan penyertaan yang lebih meriah serta menjadi salah satu platform untuk mencungkil bakat pelajar dalam bidang seni dan kerohanian.
 
Tahniah dan syabas kepada semua peserta serta semua pihak yang telah menjayakan program ini. Semoga usaha kecil ini menjadi asbab untuk terus menyuburkan kecintaan kita kepada Rasulullah SAW.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”