Accessibility Tools

Selamatmenyambut.png
penjenamaanilpadtec.png
konvo2025.png
hebahaniso2025.png
hari bertemu pelanggan bm.png
bannerjommasukILPTangkak.png
jims_170425_banner.png
previous arrow
next arrow

Audit Pengurusan Kewangan Berdasarkan i-AQuR

24 - 26 Jun 2025 - Unit Audit Dalam (UAD) Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) telah melaksanakan Pengauditan Pengurusan Kewangan Berdasarkan i-AQuR di ADTEC JTM Kampus Tangkak.
 
Tahniah dan syabas buat ADTEC JTM Kampus Tangkak telah mencapai keputusan cemerlang dengan memperoleh markah 100% dalam penilaian kendiri pengurusan kewangan i-AQuR bagi tahun kewangan 2024.
 
Ribuan terima kasih diucapkan kepada ketiga- tiga pegawai audit yang terlibat ialah Puan Nur Asyeila binti Arifin, Encik Kamaruzaman bin Muhammad, dan Encik Mohd Burhanuddin bin Ramlan.
 
Setiap teguran yang diterima akan diberikan perhatian sewajarnya dan dalam tindakan oleh pihak kami.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Lawatan Verifikasi PPL Bagi Persijilan Kemahiran Malaysia Sesi 1/2025

23-25 JUN 2025 – ADTEC JTM Kampus Tangkak telah menerima Lawatan Verifikasi Pegawai Pengesah Luaran (PPL) bagi Persijilan Kemahiran Malaysia melalui SIstem Penilaian Kendiri Sesi 1/2025.
 
Lawatan ini diadakan bertujuan untuk membuat semakan terhadap sistem penilaian dan menyemak penilaian Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia bagi program persijilan tunggal tahap terendah bagi program Sijil Kemahiran Malaysia.
 
Terima kasih diucapkan kepada Puan Amira Binti Mohd Noor, Encik Asmadi Bin Maelah, En Mohd Saari Bin Che Awang dan Encik Asmadi Bin Maelah selaku Pegawai Pengesah Luaran bagi sesi lawatan verifikasi bagi sesi ini.
 
Setiap penemuan dan teguran akan diperhalusi dan diperbaiki untuk masa-masa akan datang bagi menjamin mutu penilaian dan sistem latihan di ILP Tangkak.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC JTM Kampus Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Sesi Perbincangan Kerjasama Bersama Syarikat Muzamal Industries Sdn Bhd

20 JUN 2025 – Satu perbincangan kerjasama bersama Syarikat Muzamal Industries Sdn. Bhd telah diadakan bertempat di ADTEC JTM Kampus Tangkak. Syarikat Muzamal Industries Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang terlibat dalam bidang pembuatan peranti perubatan melalui proses injection molding.
 
Perbincangan ini tertumpu kepada cadangan kerjasama kedua-dua pihak boleh di adakan dalam skop penempatan Latihan Industri pelajar, latihan Reskilling & Upskilling pekerja sedia ada dan Pengenalan Program Adi Pekerjaan kepada syarikat.
 
Semoga kerjasama ini dapat memantapkan hubungan antara institut dan indsutri dalam melahirkan tenaga kerja mahir di pasaran kerja Malaysia.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC JTM Kampus Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Anugerah Kertas Kerja Terbaik Bidang Elektrik di Konvensyen TVET Madani 2025

Syabas dan Tahniah diucapkan kepada Tuan Haji Zamry bin Zakaria diatas kejayaan Anugerah Kertas Kerja Terbaik Bidang Elektrik dan Elektronik yang telah disampaikan di Konvensyen TVET Madani bertempat di Melaka International Trade Centre (MITC) pada 11-13 Jun 2025 bagi Projek Development of EDU PLC Training Kit for Industrial Automation.

“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 
Tajuk KURSUS YANG DITAWARKAN (1300 × 130 px) (1300 × 110 px) (1).png
AKTIVITIBERITATERKINI
Baca Selanjutnya/Read More Aktiviti Semasa/Current Activity  
INFOTERKINI
kemudahan

Tag Popular

Penerbitan

Menu