23-25 JUN 2025 – ADTEC JTM Kampus Tangkak telah menerima Lawatan Verifikasi Pegawai Pengesah Luaran (PPL) bagi Persijilan Kemahiran Malaysia melalui SIstem Penilaian Kendiri Sesi 1/2025.
Lawatan ini diadakan bertujuan untuk membuat semakan terhadap sistem penilaian dan menyemak penilaian Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia bagi program persijilan tunggal tahap terendah bagi program Sijil Kemahiran Malaysia.
Terima kasih diucapkan kepada Puan Amira Binti Mohd Noor, Encik Asmadi Bin Maelah, En Mohd Saari Bin Che Awang dan Encik Asmadi Bin Maelah selaku Pegawai Pengesah Luaran bagi sesi lawatan verifikasi bagi sesi ini.
Setiap penemuan dan teguran akan diperhalusi dan diperbaiki untuk masa-masa akan datang bagi menjamin mutu penilaian dan sistem latihan di ILP Tangkak.
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC JTM Kampus Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
