

26 Mac 2024 - Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) ILP Tangkak telah menganjurkan Perhimpunan Bulanan Kakitangan Bersama Pengarah Bil 1/2024.
Perhimpunan kali ini diisi dengan sesi penghargaan kepada semua kakitangan yang berjaya memperoleh pingat dalam Pertandingan Kreativiti dan Inovasi (CITEC) 2024 yang telah diadakan di ADTEC Melaka pada 6 & 7 Mac 2024. ILP Tangkak telah berjaya mendapat pingat bagi setiap 12 penyertaan dalam pertandingan ini iaitu 2 Pingat Platinum, 2 Pingat Emas, 7 Pingat Perak dan 1 Pingat Gangsa. Tahniah dan Syabas buat semua.
Program turut diselitkan dengan sesi pengenalan kakitangan baru melapor ke ILP Tangkak. Semoga ILP Tangkak terus cemerlang dalam apa jua bidang dan penglibatan yang disertai.

25 Mac 2024 - Terima kasih diucapkan kepada Jawatankuasa Masjid Dato’ Hj. Abdul Ghani diatas jemputan kepada 18 orang pelajar dan 7 orang tenaga pengajar ILP Tangak bagi penyertaan Program Ihya’ Ramadhan 1445H ini.
Semoga program ini dapat menanam semangat dan motivasi dalam diri warga ILP Tangkak khususnya dan siswa siswi ILP Tangkak amnya untuk meningkatkan amalan kebajikan sebagai penguat rohani sepanjang bulan Ramadan.
Jom tingkatkan kemahiran anda!!
Jangan lepaskan peluang! Tempat adalah sangat terhad!
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
wa.me/60197381856 – En Hadi
wa.me/60169295432 – Pn Shakila
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”