Accessibility Tools

Selamat datang en jefri.png
uptvet 2025.png
banner promosi 2025 bm.png
PELUANG LEPASAN SPM MICRO-CREDENTIAL.png
Kami Pelajar Tahfiz pilih kemahira TVET ILP TANGKAK.pdf (1300 x 400 px).png
previous arrow
next arrow

Lawatan Verifikasi Pegawai Naziran Bil. 1/2024

26-28 Februari 2024 || ILP Tangkak telah menerima Lawatan Verifikasi Pegawai Naziran yang terdiri daripada 3 orang pegawai ILP Selandar dan seorang dari ILP Bukit Katil yang diketuai oleh Pn Noor Fazidah Binti Husin.

Lawatan ini diadakan bertujuan untuk membuat semakan terhadap sistem penilaian dan latihan yang berasaskan CGPA, menyemak penilaian Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia bagi program persijilan tunggal tahap terendah bagi program Sijil Kemahiran Malaysia.

Terima kasih diucapkan kepada keempat-empat pegawai yang hadir. Setiap penemuan dan teguran akan diperhalusi dan diperbaiki untuk masa-masa akan datang bagi menjamin mutu penilaian dan sistem latihan di ILP Tangkak.

 

“Jom Masuk ILP Tangkak”

“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”

"Empowering Skills, Igniting Futures"

“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”

 

Kursus Motivasi Belia TVET

23-25 Feb 2024 - Persatuan Siswazah Negeri Johor dengan kerjasama ILP Tangkak telah melaksanakan Kursus Motivasi Belia TVET  bertempat di Taman Lagenda Gunung Ledang selama 3 hari 2 malam bermula 23 Februari 2024 sehingga 25 Februari 2024

Kursus ini bertujuan untuk memantapkan jati diri pelajar TVET, meningkatkan keyakinan diri pelajar, mengasah kemahiran insaniah dan mencungkil potensi pelajar.

Seramai 35 orang pelajar terpilih mengikuti kursus ini iaitu pelajar semester 1 Teknologi Fabrikasi Logam, Teknologi Mekatronik, Teknologi Polimer dan pelajar Teknologi Kimpalan.

Kursus ini turut dibantu oleh Puan Noorashikin binti Saari , Pegawai Psikologi ILP Tangkak dan En Ameeruddin bin Huri Penolong Pegawai Belia Sukan ILP Tangkak.

“Jom Masuk ILP Tangkak”

“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”

"Empowering Skills, Igniting Futures"

“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”

Iklan Sewaan Ruang Bangunan - Kafeteria ILP Tangkak

Iklan Sewaan Ruang Bangunan - Kafeteria Di ILP Tangkak
 
Permohonan adalah dipelawa kepada Syarikat / Individu berstatus Bumiputra yang berminat untuk menyewa premis perniagaan - kafeteria seperti berikut:
 

CSR – Sukarelawan Tangkak Bersih

18 Februari 2024 - ILP Tangkak telah dijemput untuk bersama-sama menjayakan program Sukarelawan Tangkak Bersih bertempat di sekitar Bandar Tangkak yang dirasmikan oleh Pegawai daerah Tangkak. Penyertaan adalah melibatkan pelajar Teknologi Rangkaian Komputer dan Teknologi CADD Mekanikal

Selain dari menjadi platform untuk mempromosikan ILP Tangkak dikalangan agensi kerajaan setempat ia secara tidak langsung meningkatkan hubungan strategik antara agensi dan meningkatkan kemahiran insaniah pelajar bersama komuniti.

 

“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”

Tajuk KURSUS YANG DITAWARKAN (1300 × 130 px) (1300 × 110 px) (1).png
AKTIVITIBERITATERKINI
Baca Selanjutnya/Read More Aktiviti Semasa/Current Activity  
INFOTERKINI
kemudahan

Tag Popular

Penerbitan