Accessibility Tools

Selamat datang en jefri.png
uptvet 2025.png
banner promosi 2025 bm.png
PELUANG LEPASAN SPM MICRO-CREDENTIAL.png
Kami Pelajar Tahfiz pilih kemahira TVET ILP TANGKAK.pdf (1300 x 400 px).png
previous arrow
next arrow

Bengkel Pengurusan Minda dan Emosi

22 September 2023 - ILP Tangkak dengan kerjasama Pertubuhan IKRAM Malaysia, Persatuan Kebajikan Wanita (SEJIWA) Tangkak dan Biro Wanita Pusat Khidmat Parlimen Ledang telah menjayakan Bengkel Pengurusan Minda dan Emosi yang disertai oleh para pelajar ILP Tangkak serta komuniti setempat.
 
Bengkel ini diadakan bertujuan untuk membantu pelajar dan komuniti menguruskan emosi dengan bijak agar kekal sihat menjalani kehidupan seharian.
 
Bengkel ini telah dirasmikan oleh YB Syed Ibrahim bin Syed Noh Ahli Parlimen Ledang dan ceramah telah disampaikan oleh Dr Adnan Omar ( ahli psikologi ) Timbalan Pengerusi Pertubuhan Kesejahteraan Psikospiritual Malaysia.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
"Be Inspired, Be Extraordinary, Be World Class With TVET"

Program Kepimpinan MPP dan promosi Jom Masuk ILP.

21 September 2023 - Menjelajah Pulau Besar Melaka merupakan tempat team building MPP kali ini. Pulau Besar merupakan salah satu tempat yang bersejarah di negeri Melaka. Episod kali ini, bahagian pengurusan pelajar dan latihan bersama unit kaunseling memfokuskan semangat kerjasama dan jati diri setiap peserta agar lebih matang dan rasional semasa tugasan di ILP. Pelbagai aktiviti dijalankan disamping mempromosikan Jom Masuk ILP Tangkak dikalangan pengunjung yang hadir.
 
Program ini diketuai oleh Pn Noorasikin bte Shaari selaku ketua, dibantu oleh Pn Zahariah Bte Mansor, En Mohd Rizal Bin Selamat ( Logistik) En Ameeruddin bin Hj Huri (Disiplin dan kecemasan).
 
Setinggi-tinggi terima kasih kepada pengurusan tertinggi yang telah memberi kepercayaan kepada BPPL dan Unit kaunselor melaksanakan program ini. Tahniah dan syabas kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang telah melepasi segala aktiviti sepanjang berkursus.
 
Semoga program ini memberi semangat kepada peserta dan meningkatkan prestasi MPP institut untuk sentiasa berkhidmat dengan cemerlang. Jom masuk ILP Tangkak!
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
"Be Inspired, Be Extraordinary, Be World Class With TVET"

Penyertaan dalam Pameran Pendidikan Kerjaya.

18 September 2023 - ILP Tangkak menerima jemputan penyertaan dalam Pameran Pendidikan Kerjaya Tahun 2023 di Sekolah Menengah Kebangsaan Jementah, Segamat, Johor.

Ts. Dr. Saiful Din bin Sabdin dengan dibantu oleh 2 orang pegawai pembantu En Muhammad Nur Sadiq Bin Shafiee dan En Pravinbabu A/L Sivan terlibat dengan Sesi Promosi ini bagi memberikan pendedahan kepada pelajar tentang ILP Tangkak, Kursus-kursus yang ditawarkan dan peluang Pendidikan mahupun laluan kerjaya yang akan dilalui selepas menuntut di ILP Tangkak.


“Jom Masuk ILP Tangkak”
"Be Inspired, Be Extraordinary, Be World Class With TVET"

Anugerah Bougainvilla Garden Peringkat Daerah Tangkak

17 September 2023 - Tahniah ILP Tangkak di atas kejayaan Tempat Ketiga bagi Anugerah Bougainvilla Garden Peringkat Daerah Tangkak Sempena Amazing Tangkak Festival 2023 Kategori Kolej / Institusi Pendidikan / Latihan.

“Jom Masuk ILP Tangkak”
"Be Inspired, Be Extraordinary, Be World Class With TVET"

Tajuk KURSUS YANG DITAWARKAN (1300 × 130 px) (1300 × 110 px) (1).png
AKTIVITIBERITATERKINI
Baca Selanjutnya/Read More Aktiviti Semasa/Current Activity  
INFOTERKINI
kemudahan

Tag Popular

Penerbitan