Accessibility Tools

Selamat datang en jefri.png
uptvet 2025.png
banner promosi 2025 bm.png
PELUANG LEPASAN SPM MICRO-CREDENTIAL.png
Kami Pelajar Tahfiz pilih kemahira TVET ILP TANGKAK.pdf (1300 x 400 px).png
previous arrow
next arrow

Perhimpunan Pelajar bersama Pengarah dan Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat ILP Tangkak serta Penyerahan Bendera ILP kepada Team Robot Tempur

22 OGOS 2023 - Telah disempurnakan perasmian gimik sambutan Hari kemerdekan bertema "Malaysia Madani Tekad Perpaduan Penuhi Harapan" oleh Tuan Pengarah ILP Tangkak Ts Mohamad Noor Bin Ismail. Majlis pelancaran ini telah dipengerusikan oleh Ketua Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan (BPPL) En Mohd Rafizi Bin Yasabah.
 
Pelbagai aktiviti akan dilaksanakan sepanjang bulan kemerdekaan ini. Video Gimik ini menggambarkan semua warga ILP Tangkak komited menjayakan dengan satu semangat dalam menjayakan program pendidikan TVET Madani. Setinggi-tinggi terima kasih kepada BPPL dan unit kaunselor serta MPP23 yang terlibat. Semoga Hari kemerdekan ini dapat di hayati oleh siswa siswi kemahiran ILP Tangkak.
 
"Jom Masuk ILP Tangkak”
"Be Inspired, Be Extraordinary, Be World Class With TVET"

Pendaftaran Pelajar Baru ILP Tangkak sesi 2/2023

31 Julai 2023 - Tahniah dan Selamat Datang kepada Pelajar Baharu ILP Tangkak bagi Sesi 2/2023. Sesi taklimat bersama Pengarah ILP Tangkak turut diadakan bersama ibu bapa dan waris pelajar semasa sesi pendaftaran.
 
Minggu Suai Kenal telah bermula mulai sesi petang hari pertama pendaftaran. Semoga para pelajar dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru seterusnya menjadi pelajar yang cemerlang.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
"Be Inspired, Be Extraordinary, Be World Class With TVET"
 

Majlis Perpisahan Kakitangan Institut Latihan Perindustrian Tangkak

25 Julai 2023 - Koperasi ILP Tangkak Berhad telah menganjurkan Majlis Perpisahan / Pertukaran pegawai-pegawai ILP Tangkak di Dewan Kuliah Utama, ILP Tangkak
 
Terima kasih diatas khidmat yang telah dicurahkan kepada En Mat Nizam Bin Ngathinee, Pn Noorazlina Binti Musa, En Azmi Bin Jelani dan Pn Khalizah Binti Hassan yang akan dan telah bertukar khidmat di tempat baru.
 
Selamat Maju Jaya diucapkan kepada pegawai pegawai yang berkenaan dan terima kasih sekali lagi atas segala sumbangan dan keringat yang telah dicurahkan buat ILP Tangkak
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
"Be Inspired, Be Extraordinary, Be World Class With TVET"

Taklimat TVET Tahfiz Sekitar Daerah Tangkak

27 JULAI 2023 - Telah berlangsung Taklimat Halatuju TVET Tahfiz anjuran Pejabat Pendidikan Islam Daerah Tangkak dihadiri Mudir-Mudir Institusi Pendidikan Islam Swasta Daerah Tangkak. Taklimat ini adalah untuk memberi pendedahan kepada Mudir madrasah tentang TVET Tahfiz dan peluang yang ditawarkan.
 
Objektif utama adalah untuk melahirkan generasi yang belia remaja tahfiz celik ilmu kemahiran direalisasikan hala tuju dalam kemahiran TVET. Aspirasi ini mampu menjadi anak tahfiz lebih kompetan dan mampu bersaing dengan arus perdana revolusi industri (iR 4.0).
 
Taklimat ini di sampaikan oleh En Mohd Rafizi Bin Yasabah (Pen Pengarah Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan. Dibantu oleh Ketua Jabatan Subjek umum Ustaz Md Yatim bin Hussein, Pn Noorashikin binti Saari dan Pn Zahariah binti Mansor.
 
Setinggi-tinggi terima kasih pihak PPID Tangkak atas jemputan pihak kami mempromosikan TVET. Semoga kerjasama ini dapat diteruskan dari masa ke semasa. Jom sertai kami Tahfiz TVET dalam bidang kemahiran dan memperkasakan TVET Madani seiring hasrat Negara.
 
"Jom Masuk ILP Tangkak"
"𝐁𝐞 𝐈𝐧𝐬𝐩𝐢𝐫𝐞𝐝, 𝐁𝐞 𝐄𝐱𝐭𝐫𝐚𝐨𝐫𝐝𝐢𝐧𝐚𝐫𝐲, 𝐁𝐞 𝐖𝐨𝐫𝐥𝐝 𝐂𝐥𝐚𝐬𝐬 𝐖𝐢𝐭𝐡 𝐓𝐕𝐄𝐓"
 
Tajuk KURSUS YANG DITAWARKAN (1300 × 130 px) (1300 × 110 px) (1).png
AKTIVITIBERITATERKINI
Baca Selanjutnya/Read More Aktiviti Semasa/Current Activity  
INFOTERKINI
kemudahan

Tag Popular

Penerbitan