Accessibility Tools

Selamat datang en jefri.png
uptvet 2025.png
banner promosi 2025 bm.png
PELUANG LEPASAN SPM MICRO-CREDENTIAL.png
Kami Pelajar Tahfiz pilih kemahira TVET ILP TANGKAK.pdf (1300 x 400 px).png
previous arrow
next arrow

Selamat Datang Pelajar Baru ILP Tangkak Sesi 1/2025

13-16 Januari 2025 - Seluruh warga ILP Tangkak mengucapkan Selamat Datang buat semua pelajar baru ILP Tangkak sesi 1/2025. 

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang sesi Minggu Suai Kenal Pelajar Baru ILP Tangkak antaranya Program LDK, Ceramah dan Taklimat, Aktiviti Kembara, Program Kerohanian, Sesi Riadah dan Malam Kebudayaan.

Program ini merupakan program yang menjadi salah satu program utama yang pihak ILP Tangkak laksanakan bagi meraikan kedatangan pelajar-pelajar baru serta mewujudkan keserasian antara pelajar, tenaga pengajar, kakitangan dan suasana ILP Tangkak itu sendiri.

“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Penarafan Tunggal Program TVET ILP Tangkak

Tahniah diucapkan kepada seluruh warga ILP Tangkak atas kerjasama yang telah diberikan diberikan mendapat Taraf 5 bintang bagi Program Operasi Fabrikasi Struktur Logam (Minyak, Gas & Petrokimia) [OG-011-3:2011], Perkhidmatan Rangkaian Komputer [IT-030-3:2013] dan Pemasangan Sistem Kejuruteraan Automasi Industri [MC-091-3:2016] serta Taraf 4 Bintang bagi Program Proses Kimpalan Arka Kepingan Logam [MC-024-3:2012], Penyeliaan Operasi Suntikan Acuan Plastik [MC-101-3:2015], Pembuatan Acuan Suntikan Plastik [MC-030-3:2015] dan Pelukisan Pelan Mekanikal [MC-080-3:2013] dalam Penarafan Tunggal Program TVET.
 
Penarafan Tunggal Program TVET ini diwujudkan selaras dengan keperluan negara kepada untuk mewujudkan sistem penarafan seragam bagi menilai kualiti program berdasarkan indikasi yang holistik termasuk elemen keberhasilan seperti kebolehkerjaan dan penglibatan industri. Sistem Penarafan Tunggal yang diperkenalkan oleh Kementerian Sumber Manusia ini bertujuan menyeragamkan program TVET di dalam negara.
 
Semoga ILP Tangkak terus mengekalkan kecemerlangan dalam bidang TVET.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Program 10 Ribu Langkah Kakitangan ILP Tangkak 2025

7 Januari 2024 - ILP Tangkak telah menganjurkan Program 10 Ribu Langkah Kakitangan ILP Tangkak 2025 di Bukit Rekreasi Jementah, Segamat, Johor.

“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Majlis ‘Titipan Memori Seikhlas Budi’

19 Disember 2024 - Kelas Sukan, Kebajikan dan Rekreasi ILP Tangkak telah menganjurkan Majlis Perpisahan Kakitangan “Titipan Memori Seikhlas Budi” buat 3 Pegawai ILP Tangkak yang akan bertukar:
1. Tuan Pengarah, Ts. Mohamad Noor Bin Ismail - ADTEC Batu Pahat.
2. Timbalan Pengarah Operasi, Ts. Azrul Norazmi Bin Abdullah – ILP Kuantan
3. Pengajar Bidang Teknologi Plastik (Polimer), En. Muhamad Supian Bin Supandy - IKTBN Dusun Tua
 
Seluruh warga ILP Tangkak mengucapkan ribuan terima kasih diatas khidmat bakti yang telah disampaikan oleh ketiga-tiga pegawai tersebut di ILP Tangkak. Jasa tuan-tuan di ILP Tangkak sangat-sangat kami hargai.
 
Selamat Maju Jaya dan Sampai Berjumpa Lagi.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 
Tajuk KURSUS YANG DITAWARKAN (1300 × 130 px) (1300 × 110 px) (1).png
AKTIVITIBERITATERKINI
Baca Selanjutnya/Read More Aktiviti Semasa/Current Activity  
INFOTERKINI
kemudahan

Tag Popular

Penerbitan