Accessibility Tools

Selamatmenyambut.png
penjenamaanilpadtec.png
HBP 2025 bm.png
hebahaniso2025.png
bannerjommasukILPTangkak.png
jims_170425_banner.png
previous arrow
next arrow

Program Pendaftaran Tabung Haji Khairat Kepada Penerima Bantuan TH Negeri Johor

10 September 2025 - Tabung Haji (TH) Negeri Johor dengan kerjasama Takaful Berhad (STMB) menawarkan kepada pelajar ADTEC JTM Kampus Tangkak yang terpilih sebagai penerima bantuan RM200.00 dan penerima Pelan Perlindungan Khas yang menawarkan manfaat kewangan sekiranya berlaku kematian atau kehilangan upaya kekal dan menyeluruh dikenali sebagai TH Khairat.
 
Untuk tujuan tersebut, pihak TH telah membuka program ini bagi sesi Pendaftaran Tabung Haji Khairat di Pusat Sumber, ADTEC JTM Kampus Tangkak.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Lawatan Verifikasi Pegawai Pengesahan Luar (PPL) bagi Program SLDN Berinsentif 2024

9 September 2025 - Satu sesi Lawatan Verifikasi Pegawai Pengesahan Luar (PPL) ke Micron Semiconductor Sdn Bhd, Tangkak, Johor bagi program SLDN Berinsentif 2024 Bidang Pengeluaran Pemasangan Semikunduktor (EE-020-3:2013) telah dijalankan oleh Pegawai Penilai Luar (PPL) En Azam bin Awang dari Kolej Vokasional Kuala Krai dan diiringi oleh tenaga pengajar dan Pegawai Penilai dari ADTEC JTM Kampus Tangkak.
 
Sesi lawatan ini merangkumi persediaan semakan dan pengesahan portfolio calon, dokumen berkaitan dan markah akhir serta peperiksaan akhir pengetahuan bagi modul Semiconductor Product Marking. [EE-020-3:2013-C07]
 
17 orang Perantis Micron Semiconductor Sdn Bhd telah mengikuti program ini yang telah dijalankan bermula 1 September 2024 hingga 27 Ogos 2025 yang merupakan Kumpulan kedua dari syarikat ini yang telah menjalani latihan di ADTEC JTM Kampus Tangkak bagi program SLDN Ini.
 
Tahniah dan Syabas buat 17 orang perantis Syarikat Micron Semiconductor Sdn Bhd yang telah di sahkan trampil Pegawai-Pegawai Penilai pada sesi ini.
 
Semoga kerjasama erat diantara ADTEC JTM Kampus Tangkak dan Micron Semiconductor Sdn Bhd sentiasa berterusan bagi kelestarian TVET terus dikembangkan.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Program Pemantapan Pasukan Dinamik 2025

3-4 September 2025 - Program Pemantapan Pasukan Dinamik 2025, ADTEC JTM Kampus Tangkak telah dilaksanakan dengan jayanya melibatkan 42 orang kakitangan di Anjung Janda Resort, Janda Baik, Pahang.
 
Melalui pelbagai aktiviti interaktif seperti latihan dalam kumpulan, aktiviti luar yang mencabar minda dan fizikal, serta sesi perkongsian motivasi bersama fasilitator berpengalaman, para peserta didedahkan dengan nilai-nilai utama seperti komunikasi berkesan, penyelesaian masalah, daya tahan, dan semangat berpasukan.
 
Penganjuran Program Pemantapan Pasukan Dinamik 2025 diharapkan dapat melahirkan pasukan yang lebih proaktif, bersinergi dan bersedia menghadapi sebarang cabaran ke arah pencapaian kecemerlangan bersama.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Lawatan Penyelidikan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ke Bengkel Teknologi Polimer ADTEC JTM Kampus Tangkak

3 September 2025 – ADTEC JTM Kampus Tangkak telah menerima Sesi Lawatan Penyelidikan dari Kumpulan Penyelidik Enhanced Polymer Research Group (EnPRO), Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Tenaga, Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
 
Sesi lawatan ini di hadiri oleh 5 orang pensyarah/penyelidik antaranya Prof Madya Dr Zurina Mohamad, ⁠Prof Madya Dr Sani Amril Samsudin, ⁠Ir Dr Norhayani Othman, ⁠Dr Norfhairna Baharulrazi, dan ⁠Dr Siti Hajjar Che Man bertujuan bagi meneroka peluang kolaborasi penyelidikan serta perbincangan berkaitan teknologi pemprosesan plastik.
 
Semoga sesi kolaborasi diantara ADTEC JTM Kampus Tangkak dan Universiti Teknologi Malaysia sentiasa dan akan berterusan bagi melestarikan lagi TVET di seluruh negara umumnya.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC JTM Kampus Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 
Tajuk KURSUS YANG DITAWARKAN (1300 × 130 px) (1300 × 110 px) (1).png
AKTIVITIBERITATERKINI
Baca Selanjutnya/Read More Aktiviti Semasa/Current Activity  
INFOTERKINI
kemudahan

Tag Popular

Penerbitan