Accessibility Tools

Poster APC ILP Tangkak 2024.png
jims_170425_banner.png
Banner_Website_Intake_Julai_2025.png
hari bertemu pelanggan bm.png
banner promosi 2025 bm.png
previous arrow
next arrow

ILP Tangkak Peroleh 2 Pingat Perak dalam Pertandingan Inovasi: INFORMATICA 4.0

23 Mei 2025 - Tahniah diucapkan kepada 2 pasukan inovasi bidang Teknologi Komputer Rangkaian ILP Tangkak yang berjaya memperoleh 2 pingat perak dalam penyertaan Pertandingan Inovasi: INFORMATICA 4.0 yang telah diadakan di Kolej Poly-Tech MARA Batu Pahat.
 
Projek yang dihantar:
1) SMART SCARECROW
 
Nama Penyelia: RASHIDAH BINTI JAMALUDIN
Nama Pelajar:
i) MUHAMMAD HASIF RUSYAIDI BIN BAHARUDIN
ii) SYAFIQ ALWAN KHAIRINNABIL BIN SARIFFUDIN
iii) DAYNISH KHAIRUNNAS BIN ABD AZIZ
 
2) SMART AEROTECH
Nama Penyelia: RADZIAH BINTI MOHAMED TAN
Nama Pelajar:
i) MUHAMMAD ADHIF BIN ZARAAI
ii) MUHAMMAD AKMAL BIN SAHARUDIN
 
Syabas dan Tahniah buat kedua-dua pasukan!!
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Latihan Pengukuhan Pertandingan JTM SKILLS Bidang Teknologi Kimpalan ILP Tangkak Bersama Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Batu Pahat

22 Mei 2025 - Aktiviti Latihan Pengukuhan diteruskan dengan sesi kolaborasi bersama diantara ILP Tangkak dan Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Batu Pahat bagi Pertandingan JTM SKILLS Bidang Teknologi Kimpalan.

Semoga ilmu yang disampaikan buat peserta kedua-dua institut ini memberikan keyakinan buat mereka untuk mendapatkan kejayaan cemerlang dalam setiap pertandingan yang akan disertai akan datang.

“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Latihan Pengukuhan Pra Kelayakan WSMB Bidang Teknologi Kimpalan

22 Mei 2025 - ILP Tangkak menerima kunjungan dari Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Pagoh - IKTBN Pagoh bagi sesi Latihan Pengukuhan Pra Kelayakan WSMB Bidang Teknologi Kimpalan.
 
Sesi ini memberi peluang kepada peserta bagi kedua-dua Institusi Kemahiran ini bagi menguji kemahiran, berkongsi ilmu, dan pengalaman antara rakan-rakan peserta dari luar institut serta menanam semangat kerjasama antara kedua-dua institusi.
 
Semoga peserta WSMB Bidang Teknologi Kimpalan Ilp Tangkak terus semangat dan kekal cemerlang untuk berjaya ke peringkat seterusnya dan memperoleh kejayaan dalam WSMB 2025.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Lawatan Audit Penyata Terimaan dan Bayaran Akaun Amanah

19-21 Mei 2025 - ILP Tangkak menerima Lawatan Audit Penyata Terimaan dan Bayaran Akaun Amanah dari pihak Jabatan Audit Negara Negeri Johor.
 
Panel Audit:
• Encik Fuaad Bin Hussin
• Puan Nadia Aqila binti Abd Ghapor
• Puan Nur Nadzirah binti Abdul Wahab.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 
Tajuk KURSUS YANG DITAWARKAN (1300 × 130 px) (1300 × 110 px) (1).png
AKTIVITIBERITATERKINI
Baca Selanjutnya/Read More Aktiviti Semasa/Current Activity  
INFOTERKINI
kemudahan

Tag Popular

Penerbitan