Accessibility Tools

Poster APC ILP Tangkak 2024.png
jims_170425_banner.png
Banner_Website_Intake_Julai_2025.png
hari bertemu pelanggan bm.png
banner promosi 2025 bm.png
previous arrow
next arrow

Penglibatan ADTEC JTM Kampus Tangkak Sempena Program Hari TVET Negara 2025

11 -13 Jun 2025 || Penglibatan ADTEC JTM Kampus Tangkak Sempena Program Hari TVET Negara 2025 bertempat di MITC, Ayer Keroh, Melaka.
 
Sambutan Hari TVET Negara 2025 dengan tema “TVET Pilihan Utama Kerjaya” telah dirasmikan dengan penuh gilang-gemilang oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka.
 
Sambutan ini diharap dapat meningkatkan minat masyarakat terhadap bidang TVET serta menyemarakkan kesedaran mengenai pelbagai inisiatif, insentif dan peluang kerjaya yang tersedia dalam sektor berasaskan kemahiran.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 
.

Lawatan Penandaarasan pelaksanaan EKSA di ILP Pedas

11 Jun 2025 - Jawatankuasa Pelaksanaan EKSA ILP Tangkak telah melaksanakan program Lawatan Penandaarasan pelaksanaan EKSA bagi sesi perkongsian pengalaman dalam menjayakan EKSA di ILP Pedas.
 
Seramai 21 orang ahli lawatan telah turut sama melihat dan mendengar sendiri aktiviti EKSA yang telah dijalankan di ILP Pedas sebagai panduan bagi pelaksanaan EKSA di ILP Tangkak.
 
“Persekitaran Kondusif, Kerja Efektif”
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Lawatan Kerja Kolej Ambitious Johor

5 Jun 2025 || ILP Tangkak telah menerima lawatan daripada Kolej Ambitious.
 
Wakil dari Kolej Ambitious terdiri daripada:
1. Pn. Rosmadiah Sulaiman - PPB
2. Pn. Maizatul - Ketua Akademik
3. En. Azuan Jamaludin - TP Komputer Rangkaian
 
Tujuan lawatan:
1. Melawat bengkel Rangkaian Komputer
2. Memohon Nasihat dan Panduan bagi membangunkan Bengkel dan Persediaan TEM
3. Memohon Nasihat berkenaan penjadualan mengikut semester.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 
Caption

Lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025

29 Mei 2025 - Bahagian Pusat Sumber dan Multimedia (BPSM) ADTEC JTM Kampus Tangkak telah mengadakan lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025 telah berlangsung dari 23 Mei hingga 1 Jun 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).
 
Sesi lawatan membawa 29 orang pelajar bersama 10 orang pengajar dan kakitangan pengiring bagi memeriahkan lagi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 
Tajuk KURSUS YANG DITAWARKAN (1300 × 130 px) (1300 × 110 px) (1).png
AKTIVITIBERITATERKINI
Baca Selanjutnya/Read More Aktiviti Semasa/Current Activity  
INFOTERKINI
kemudahan

Tag Popular

Penerbitan