Kursus teknikal 2 (1300x400) 2.png
agong 2024.png
ksu ksm 2024.png
banner kursus ditawarkan bm.png
previous arrow
next arrow

Majlis Apresiasi Kakitangan ILP Tangkak 2023

26 November 2023 - Majlis Apresiasi Kakitangan ILP Tangkak 2023 telah selesai dilaksanakan bagi menghargai kakitangan ILP Tangkak yang cemerlang dan sentiasa komited dalam menggalas tanggungjawab yang diamanahkan. Tahniah buat semua yang terpilih menerima anugerah yang diberikan.
 
Sebanyak 7 kategori pengiktirafan telah disediakan dan pemilihan dibuat berdasarkan kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh jawatankuasa yang yang berkaliber.
Terima kasih diucapkan kepada Ketua Pengarah YBhg. En Shakib bin Ahmad Shakir diatas kesudian merasmikan Majlis Apresiasi Kakitangan ILP Tangkak Tahun 2023 kali ini.
 
Pada Majlis ini turut diselitkan Majlis Sekalung Budi Sejambak Kasih kepada En Seliman bin Wagimin yang akan menamatkan perkhidmatan dalam sektor awam pada awal Januari 2024 dan buat Pn Ruhanizah Binti Mohd. Taib yang akan bertukar pada awal Disember 2023. Terima kasih tuan dan puan diatas khidmat yang cemerlang di ILP Tangkak dan semoga terus cemerlang di kehidupan / suasana kerja yang baru.
 
Terima kasih juga buat jawatankuasa yang bertungkus lumus menjayakan majlis yang julung kalinya dilaksanakan di ILP Tangkak. Semoga Majlis ini memberikan suntikan semangat dan iltizam yang tinggi buat semua warga kerja ILP Tangkak untuk terus memberikan khidmat yang terbaik
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Be Inspired, Be Extraordinary, Be World Class With TVET"

Program Jelajah Gunung Ledang

25 November 2023 || Program Jelajah Gunung Ledang Bersama Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), En Shakib bin Ahmad Shakir

Tuan Ketua Pengarah JTM, YBrs En Shakib Bin Shakir bersama 6 ILJTM iaitu ILP Tangkak, ADTEC Batu Pahat, ADTEC Melaka, ILP Pasir Gudang, ILP Selandar, ILP Bukit Katil telah berjaya menawan gunung ledang dalam Program Jelajah Gunung Ledang yang dianjurkan oleh ILP Tangkak.

 

“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Be Inspired, Be Extraordinary, Be World Class With TVET"

Anugerah Pingat Perak Pertandingan World Skills Malaysia Belia Tahun 2023

23 November 2023 - ILP Tangkak terus melakar kejayaan dengan penganugerahan Pingat Perak Bidang Mechanical Engineering CAD dalam Pertandingan World Skills Malaysia Belia Tahun 2023 di Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri (ATEPM) & Anugerah Tokoh Mahir (ATM) 2023.
 
Tahniah diucapkan kepada siswa ILP Tangkak Phang Jackson diatas anugerah yang diterima yang disampaikan oleh YB Tuan Sivakumar A/L Varatharaju Naidu, Menteri Sumber Manusia.
Majlis telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia dengan menyampaikan ucaptama majlis dan seterusnya menyempurnakan Pelancaran Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri (ATEPM) & Anugerah Tokoh Mahir (ATM) Tahun 2023.
 
Tuan Pengarah Ts. Mohamad Noor Bin Ismail diiringi bersama Timbalan Pengarah Operasi Ts. Azrul Norazmi Bin Abdullah serta 4 orang pensyarah pengiring dan 10 orang siswa Teknologi CADD Mekanikal (Pembuatan) ILP Tangkak berbesar hati mengiring Phang Jackson meraikan kejayaan ini.
 
Syabas dan tahniah buat semua yang terlibat
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Be Inspired, Be Extraordinary, Be World Class With TVET"
 

Perbincangan Nota Kerjasama di antara Kolej Vokasional Segamat, Johor dan ILP Tangkak

22 November 2023 || Perbincangan Nota Kerjasama di antara Kolej Vokasional Segamat, Johor dan Institut Latihan Perindustrian Tangkak

ILP Tangkak telah menerima lawatan daripan Kolej Vokasional Segamat, Johor bagi membincangkan Nota Kerjasama diantara ILP Tangkak dan Kolej Vokasional.

Semoga perbincangan ini membawa kata sepakat dan kerjasama terbaik antara keduanya.

“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Be Inspired, Be Extraordinary, Be World Class With TVET"

Tajuk KURSUS YANG DITAWARKAN (1300 × 130 px) (1300 × 110 px) (1).png
AKTIVITIBERITATERKINI
Baca Selanjutnya/Read More Aktiviti Semasa/Current Activity  
INFOTERKINI
kemudahan

Tag Popular

Penerbitan