Accessibility Tools

Perhimpunan Pagi Pelajar ILP Tangkak

2 Mei 2025 - Perhimpunan pagi pelajar bersama Ketua Jabatan (Mekanikal) Ts Mohd Nazri bin Salim bertempat di Dewan Serbaguna ILP Tangkak.
 
Menurut Ts Mohd Nazri bin Salim, para pelajar ILP Tangkak perlu menekankan aspek sikap yang baik terutama sekali di dalam memberikan komitmen di dalam bengkel, pengurusan masa dan juga perlu sentiasa terampil di dalam bidang kemahiran masing-masing.
 
Menurut beliau lagi, apa yang penting para pelajar perlu terampil dan mahir di dalam bidang kemahiran yang dipelajari dan mampu menguasai modul secara keseluruhan terutama sekali semasa penilaian akhir dilakukan bagi memastikan graduan yang dilahirkan oleh ILP Tangkak adalah graduan yang berkualiti dan mampu memenuhi keperluan industri.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 
 

Related Articles