PROJEK KREATIVITI & INOVASI ILP TANGKAK
PINGAT EMAS PERTANDINGAN LABUAN INNOVATION & CREATICITY, EXHIBITION (LIACE'23)
Projek 3P1A Training Kit dari bidang Teknologi Mekatronik dan Projek Smart Structure Jig Assembly Version 2 dari bidang Teknologi Fabrikasi Logam telah dianugerahkan Pingat Emas.

Pertandingan Inovasi Green Tech dan Electro-Pneumatic (PLC)
10 Oktober 2023 - Teknologi Mekatronik ILP Tangkak berjaya mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Inovasi Green Tech dan Electro-Pneumatic (PLC) di MISDEC Melaka.
2-5 Okt 2023 | Peringkat Akhir Pertandingan WSMB 2023 Bidang Mechanical Engineering CAD.
4-6 Julai 2023 | International Innovation And Invention Competition Through Exhibition 2023 (iCompex 2023)
Syabas dan Tahniah Diucapkan kepada 2 Pasukan Inovasi ILP Tangkak dari Bahagian Teknologi Fabrikasi Logam dan Teknologi Mekatronik di atas kejayaan dalam Pertandingan International Innovation And Invention Competition Through Exhibition 2023 (iCompEx 2023) yang dijalankan di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah pada 4-6 julai 2023.
Projek Jig Fixture Assembly dari Bengkel Teknologi Fabrikasi Logam dan Projek Multipurpose Heavy Duty Convenyor With IOT for Heavy Industry dari Bengkel Teknologi Mekatronik telah dinobatkan Anugerah Pingat Perak dalam penyertaan tersebut.
Tahniah buat semua yang terlibat. Semoga ILP Tangkak terus cemerlang dalam setiap penyertaan yang disertai.


𝟏𝟏-𝟏𝟐 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟑 || Pingat Emas @ 𝐈𝐧𝐯𝐞𝐧𝐭𝐢𝐨𝐧, 𝐈𝐧𝐧𝐨𝐯𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧 & 𝐓𝐞𝐜𝐡𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐲 𝐄𝐱𝐡𝐢𝐛𝐢𝐭𝐢𝐨𝐧 (𝐈𝐓𝐄𝐗 𝟐𝟎𝟐𝟑)
34th Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX 2023) telah berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 11 hingga 12 Mei 2023.
Institut Latihan Perindustrian Tangkak telah menghantar penyertaan bagi projek inovasi 𝑲𝒊𝒏𝒆𝒕𝒊𝒄 𝑬𝒍𝒆𝒄𝒕𝒓𝒊𝒄𝒊𝒕𝒚 𝑮𝒆𝒏𝒆𝒓𝒂𝒕𝒐𝒓 (𝑲𝒊𝒏𝒆𝑮) 𝒘𝒊𝒕𝒉 𝑰𝒐𝑻 𝑴𝒐𝒏𝒊𝒕𝒐𝒓𝒊𝒏𝒈 𝑺𝒚𝒔𝒕𝒆𝒎 dan telah mendapat pingat Emas dalam pertandingan tersebut.

Pertandingan Kreativiti & Inovasi 2023 (CITEC) 2023
Syabas dan Tahniah Diucapkan kepada 2 Pasukan Inovasi ILP Tangkak di atas kejayaan dalam Pertandingan Kreativiti & Inovasi 2023 (CITEC) 2023 anjuran Jabatan Tenaga Manusia.
Projek Kinetic Electricity Generator (KINEG) Using Domestic Ceiling Fan Integrated With IOT Monitoring telah dinobatkan Anugerah Platinum dan Projek Smart Vacuum Forming Training Kit berjaya merangkul Pingat Gangsa.
Tahniah buat semua peserta. Semoga ianya menjadi suntikan semangat dan galakan kepada semua warga ILP Tangkak untuk terus cemerlang dalam pertandingan inovasi dan kreativiti.

Pingat Emas - Projek Inovasi Green Home Electricity Hybrid System With Iot Monitoring - Teknologi Komputer (Rangkaian) -2021
Pingat Perak - Projek Katil Oku Serbaguna Menggunakan Teknologi Internet Of Things (IOT) - Teknologi Mekatronik
Pingat Perak - Projek Vacuum Forming Training Kit - Teknologi Polimer
GOLD MEDAL pada Pertandingan (RITEC) Research & Innovative Technology Competition anjuran Universiti Tun Hussein Onn, Pagoh, Johor.
Pingat emas, perak & medalion dalam Pertandingan Kemahiran Asian (Asian Skill Competition, ASC) 2015
Penyertaan Pertandingan Drag Race oleh pengajar ILP Tangkak En Mohd Hafiz Bin Abu Samah
Jun 2015 - Penyertaan Pertandingan Robot Tempur yang dihasilkan oleh pelajar Teknologi Mekatronik dengan bimbingan pengajar
Saudara Mohamad Sabrie Bin Hazizan Pelajar Semester 5 Kursus Teknologi Komputer (Rangkaian) ILP Ledang di atas kejayaan Merangkul Pingat Emas dalam Pertandingan Kemahiran, Bidang IT Network System Administration, ASEAN di Hanoi 2014 lalu. Secara tidak langsung melayakkan diri ke World Skill Competition di Sao Paulo, Brazil yang di adakan pada 11-16 Ogos 2015.
Citec 2014 - ILP Ledang Menang Pingat Perak dan Gangsa dalam Pertandingan Kreativiti dan Teknologi Inovasi
Pasukan ILP Ledang Motorsports kerana mendapat tempat kedua dalam Pertandingan Drag Racing Championship kategori 1.6 Open di Kampung Gajah Perak pada 20 April 2014