gangguan tel 2024 bm.png
sutekno.png
banner-uptvet2023-1.png
WebPengambilan22024.png
FLYERS TAWARAN 2-2024 ILP TANGKAK (1300 x 400 px).png
Kami Pelajar Tahfiz pilih kemahira TVET ILP TANGKAK.pdf (1300 x 400 px).png
previous arrow
next arrow

Perhimpunan bulanan Kakitangan Bersama Pengarah Bil 1/2024

26 Mac 2024 - Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) ILP Tangkak telah menganjurkan Perhimpunan Bulanan Kakitangan Bersama Pengarah Bil 1/2024.

Perhimpunan kali ini diisi dengan sesi penghargaan kepada semua kakitangan yang berjaya memperoleh pingat dalam Pertandingan Kreativiti dan Inovasi (CITEC) 2024 yang telah diadakan di ADTEC Melaka pada 6 & 7 Mac 2024. ILP Tangkak telah berjaya mendapat pingat bagi setiap 12 penyertaan dalam pertandingan ini iaitu 2 Pingat Platinum, 2 Pingat Emas, 7 Pingat Perak dan 1 Pingat Gangsa. Tahniah dan Syabas buat semua.

Program turut diselitkan dengan sesi pengenalan kakitangan baru melapor ke ILP Tangkak. Semoga ILP Tangkak terus cemerlang dalam apa jua bidang dan penglibatan yang disertai.

“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Program Ihya’ Ramadhan 1445H di Masjid Dato’ Hj. Abdul Ghani

25 Mac 2024 - Terima kasih diucapkan kepada Jawatankuasa Masjid Dato’ Hj. Abdul Ghani diatas jemputan kepada 18 orang pelajar dan 7 orang tenaga pengajar ILP Tangak bagi penyertaan Program Ihya’ Ramadhan 1445H ini.

Semoga program ini dapat menanam semangat dan motivasi dalam diri warga ILP Tangkak khususnya dan siswa siswi ILP Tangkak amnya untuk meningkatkan amalan kebajikan sebagai penguat rohani sepanjang bulan Ramadan.

 

“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”

Kursus jangka Pendek Tahun 2024


Jom tingkatkan kemahiran anda!!

Jangan lepaskan peluang! Tempat adalah sangat terhad!  

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
wa.me/60197381856 – En Hadi
wa.me/60169295432 – Pn Shakila

“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”

Aktiviti Promosi Kemasukan Pelajar Sesi 2/2024

20 Mac 2024 - Unit Promosi, Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan (BPPL) ILP Tangkak giat membuat aktiviti promosi kemasukan pelajar baru sesi 2/2024 di sekitar daerah Tangkak.

Perbincangan promosi ini telah dijalankan di Pejabat Hal Ehwal Orang Asli, Pejabat Agama Daerah Tangkak, Baitulmal Daerah Tangkak, Masjid dan Surau Bandar Tangkak, Bahagian Pembangunan Sumber Masjid serta Wakil Bahagian Pendididkan- MIC Daerah Tangkak.

“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 
 
Tajuk KURSUS YANG DITAWARKAN (1300 × 130 px) (1300 × 110 px) (1).png
AKTIVITIBERITATERKINI
Baca Selanjutnya/Read More Aktiviti Semasa/Current Activity  
INFOTERKINI
kemudahan

Tag Popular

Penerbitan