Program Jom Masuk ILP Tangkak di PPID Tangkak

22 Mei 2023 - Lawatan ke Pejabat Pendidikan Islam Daerah Tangkak (PPID) bagi mempromosikan jabatan untuk halatuju TVET pelajar Tahfiz Madrasah sekitar Daerah Tangkak. Lawatan ini juga mempelawa Kursus Jangka Pendek (KJP) buat kakitangan Ustaz dan Ustazah dalam bidang kemahiran.
 
Fokus utama adalah mempromosikan kursus sepenuh masa dengan menawarkan pengajian percuma sepanjang pengajian. Pelajar Tahfiz yang berminat dalam bidang kemahiran boleh memilih salah satu daripada program-program yang ditawarkan untuk mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia dan diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK.)
 
Lawatan ini dihadiri oleh Tuan Pengarah Ts Mohamad Noor Bin Ismail, Puan Noorashikin Binti Saari (Pegawai Kaunselor), En Mohd Rafizi bin Yasabah (Pen. Pengarah Pengurusan Pelajar dan Latihan) dan Puan Shakila Binti Zainal (Pen Pegawai unit CESS ILP Tangkak).
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
"Be Inspired, Be Extraordinary, Be World Class With TVET"
 
 
 

Related Articles