Accessibility Tools

Jalinan Strategik Industri – Kyosei Seimitsu Manufacturing Sdn Bhd (2)

9 April 2026 - ADTEC JTM Kampus Tangkak terus komited dalam memperkukuh ekosistem TVET melalui lawatan kerja dan perbincangan kolaborasi industri bersama Kyosei Seimitsu Manufacturing Sdn Bhd.
 
Pertemuan ini bertujuan merapatkan jurang antara latihan di kampus dengan realiti industri semasa, sekali gus memastikan graduan kita kekal relevan dan berdaya saing.
 
Beberapa agenda penting telah diperincikan bagi memberi manfaat kepada pelajar dan kakitangan, antaranya:
✅ Program ADI PEKERJAAN: Inisiatif penempatan kerjaya yang lebih sistematik.
✅ Latihan Industri Pelajar (Internship): Membuka ruang buat pelajar menimba pengalaman di persekitaran pembuatan sebenar.
✅ Perkongsian Ilmu Industri (Sharing Knowledge): Kolaborasi kepakaran teknikal daripada pihak industri kepada warga kampus.
✅ Latihan Sangkutan Industri (Staff Attachment): Mempertingkat kompetensi tenaga pengajar melalui pendedahan teknologi terkini di kilang.
 
Sesi lawatan ini telah dihadiri oleh barisan pengurusan dan pegawai CESS:
• Cik Siti Normaya Binti Bilmas (Timbalan Pengarah Pengurusan Operasi)
• En. Noor Hadi Bin Misran (Penolong Pengarah CESS)
• Tc. Hjh. Shakila Binti Zainal (Pegawai CESS)
 
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak Kyosei Seimitsu Manufacturing Sdn Bhd atas kesudian menerima kunjungan ini. Semoga kerjasama yang erat ini memacu kecemerlangan modal insan negara!
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”