3 Mac 2026 - Alhamdulillah, telah berlangsungnya Program Solat Sunat Gerhana Bulan di ADTEC JTM Kampus Tangkak dengan penuh keberkatan dan penghayatan.
Program dimulakan dengan majlis berbuka puasa bersama di Surau Al- Jazari dalam suasana yang sederhana dan penuh ukhwah. Seterusnya, para pelajar dan warga kampus menunaikan solat Maghrib secara berjemaah sebelum diteruskan dengan Solat Sunat Gerhana Bulan diikuti dengan khutbah ringkas yang memberi peringatan dan penghayatan tentang kebesaran Allah SWT serta hikmah di sebalik berlakunya fenomena gerhana bulan.
Semoga penganjuran program seperti ini dapat terus menyemarakkan budaya penghayatan Islam dan memperkukuhkan sahsiah dalam kalangan warga kampus terutama di bulan Ramadan yang mulia ini.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
