Accessibility Tools

Majlis Solat Jenazah, Bacaan Yasin dan Tahlil (2)

14 April 2026 - Majlis Perwakilan Pelajar ADTEC JTM Kampus Tangkak telah menganjurkan Majlis Solat Jenazah, diikuti dengan bacaan Yasin dan tahlil bagi Allahyarham Muhammad Akhmal Thaqif bin Kamal, alumni bidang Teknologi Pembuatan tahun 2025.
 
Majlis ini telah dihadiri oleh barisan kakitangan serta para pelajar ADTEC JTM Kampus Tangkak sebagai tanda penghormatan terakhir dan solidariti terhadap pemergian Allahyarham.
 
Atur cara dimulakan dengan solat jenazah, disusuli bacaan Yasin, tahlil dan doa. Keseluruhan majlis berlangsung dengan tertib dalam suasana penuh khusyuk dan penuh keinsafan.
 
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampuni segala dosanya dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”