Accessibility Tools

Kolaborasi Strategik: Akademi Bateriku - ADTEC JTM Kampus Tangkak (2)

Akademi Bateriku berbesar hati mencatatkan satu lagi peristiwa penting menerusi jalinan kerjasama strategik bersama ADTEC JTM Kampus Tangkak dalam penganjuran Kursus Affiliate and Hosting Program.
 
Sesi perkongsian ilmu ini telah dihadiri oleh barisan tenaga pengajar yang berdedikasi serta para pelajar semester akhir bagi Sesi 2/2026. Inisiatif kolaboratif ini dirangka khusus untuk melengkapkan para graduan dan warga pendidik dengan kemahiran digital yang relevan, selari dengan keperluan industri semasa.
 
Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan ADTEC JTM Kampus Tangkak atas komitmen yang jitu, serta syabas kepada semua peserta yang mempamerkan kesungguhan yang luar biasa. Bersama kita terus memacu kecemerlangan modal insan dan kelestarian ekonomi digital negara.
 
Melangkah ke hadapan bersama Akademi Bateriku!
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”