Accessibility Tools

Perhimpunan Pelajar Bersama Ketua Jabatan Dan Slot Bersama Kaunselor Anda (2)

Perhimpunan Pelajar ADTEC JTM Kampus Tangkak telah berlangsung dengan dikendalikan oleh barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Kampus Tangkak. Perhimpunan kali ini membawakan pengisian yang amat padat dan bermakna buat semua pelajar dalam membentuk sahsiah serta kecemerlangan diri.
 
Slot 1: Kupasan Khas Bersama Kaunselor Anda
Slot pertama telah disampaikan oleh Pn. Noorashikin binti Saari (Kaunselor ADTEC Tangkak) dengan tajuk kupasan:
"Kekuatan IQ, EQ, dan SQ untuk Melahirkan Pelajar Cemerlang"
 
Dalam slot ini, para pelajar didedahkan dengan kepentingan mengimbangi kecerdasan minda (IQ), pengurusan emosi (EQ), dan pemantapan kerohanian (SQ). Ketiga-tiga elemen ini merupakan teras utama untuk melahirkan modal insan yang beraspirasi tinggi, berdaya saing, dan berkeperibadian mulia.
 
Slot 2: Amanat & Peringatan Bersama Ketua Jabatan
Perhimpunan diteruskan lagi dengan ucapan serta penyampaian khas daripada Ketua Jabatan, Ts. Dr. Wan Muhammad Hazwan bin Wan Azammuddin.
 
Antara perkara utama yang ditekankan oleh beliau termasuklah:
Kepatuhan Buku Peraturan Pelajar: Peringatan mesra agar semua pelajar sentiasa mematuhi garis panduan dan peraturan yang telah ditetapkan di kampus demi menjaga disiplin dan keharmonian bersama.
 
Keselamatan Jalan Raya: Penekanan berterusan mengenai kepentingan menjaga keselamatan diri, terutamanya ketika memandu kenderaan dan keselamatan semasa melakukan kerja kerja bengkel.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”