14 Februari 2026 - Telah berlangsung dengan jayanya Kursus Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) 2026 melibatkan 24 orang barisan jawatankuasa terpilih.
Kursus yang dikendalikan oleh Puan Noorashikin binti Saari, Pegawai Psikologi ADTEC JTM Tangkak, ini bertujuan memantapkan kompetensi peserta dalam aspek kemahiran kaunseling, kefahaman peranan, serta teknik berfikir secara kritis dalam membuat keputusan.
Inisiatif ini merupakan komitmen berterusan pihak institusi dalam melahirkan barisan pembimbing yang berwibawa, produktif, dan mampu memberikan impak positif kepada ekosistem pelajar.
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
