Accessibility Tools

Program Bicara Santai: Inspirasi Kejayaan & Pemerkasaan Motivasi Pelajar TVET 2026 (2)

15 Februari 2026 - Bahagian Pengurusan Psikologi dengan kerjasama Unit CESS ADTEC JTM Kampus Tangkak telah berjaya menganjurkan program perkongsian ilmu yang memfokuskan kepada pembangunan motivasi dan persediaan kerjaya mahasiswa melalui pengalaman sebenar tokoh alumni.
 
Pihak pengurusan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Saudara Muhammad Adha Bin Talib dan Saudara Muhammad Firdaus Khan Bin Amir Khan atas kesudian meluangkan masa berkongsi naratif kejayaan serta pengalaman industri yang amat bernilai.
 
Ringkasan mengenai panel jemputan:
1. Saudara Muhammad Adha Bin Talib
- Alumni Teknologi Pemesinan CNC, 2002
- Kini berkhidmat di Infineon Technologies Melaka.
 
2. Saudara Muhammad Firdaus Khan Bin Amir Khan
- Alumni Teknologi Komputer Rangkaian, 2021
- Kini berkhidmat di Breitkom Network Sdn Bhd, Kuala Lumpur
 
Pengalaman luas dan bimbingan yang diberikan diharapkan dapat memberi impak positif serta hala tuju yang jelas kepada para pelajar dalam mendepani cabaran industri masa kini serta pemangkin semangat buat seluruh mahasiswa TVET untuk terus melakar kecemerlangan di peringkat global.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”