14 Februari 2026 - Kelab Kebudayaan Pelajar India ADTEC JTM Kampus Tangkak telah berjaya menganjurkan Sambutan Pongal bagi meraikan warisan tradisi masyarakat Tamil.
Program ini diisi dengan pelbagai aktiviti bermakna termasuklah upacara penyediaan nasi manis 'Pongal', acara sukaneka bersama pelajar india dan sesi jamuan ukhwah. Penganjuran ini bukan sekadar keraian budaya, malah merupakan manifestasi semangat perpaduan dan rasa kesyukuran dalam komuniti pelajar berbangsa india.
Tahniah diucapkan kepada jawatankuasa penganjur atas usaha memperkukuh integrasi nasional dan menghargai kepelbagaian budaya di kampus!
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
