Accessibility Tools

Minggu Kerjaya siri 1/2025.

5 - 9 Mei 2025 - Unit pengurusan psikologi telah memulakan minggu kerjaya dengan bengkel persediaan resume dan etika persediaan sebelum menghadiri sesi temuduga.
 
Selain itu, turut dijemput perkongsian alumni dari Bidang Teknologi Kimpalan saudara Muhamad Aidil Arif bin Samsuri, alumni Bodang Cadd Mekanial En Saiful Sazali dan alumni dari Bidang Teknologi Komputer Rangkaian, Encik Abu Bakar dan Cik Nuraliah Nasrin bin Muhatta. Keempat empat alumni ini telah berkongsi berkenaan perjalanan pendidikan dan kerjaya dalam bidang serta perkongsian persediaan pelajar semester akhir dalam mendepani alam kerjaya.
 
Penutup Minggu Kerjaya dengan Program Career Launch Pad yang disampaikan oleh PERKESO Daerah Muar dalam memperkasakan pelajar dalam undang-undang dunia pekerjaan ,aplikasi pekerjaan dan faedah yang diperolehi sebagai pekerja.
 
Semoga pelajar semester akhir terus mengukir kejayaan di pentas kerjaya.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Related Articles