Apa itu ILP ?
ILP adalah Institut Latihan Perindustrian di bawah Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia
Dimana lokasi sebenar ILP Tangkak ?
ILP Ledang terletak di KM 43, Jalan Segamat, 84020 Sagil, Johor. Untuk melihat peta ke ILP Tangkak sila Klik Disini
Berapakah Jumlah Kesemua Kursus Yang Ditawarkan Di ILP Tangkak ?
ILP Tangkak Menawarkan 7 Kursus Kesemuanya iaitu Teknologi Pembuatan (Perkakasan), Teknologi Kimpalan Arka dan Gas, Teknologi Fabrikasi Logam, CADD Mekanikal (Pembuatan), Teknologi Mekatronik, Teknologi Polimer (Plastik) dan Teknologi Komputer (Rangkaian).
Bagaimanakah Untuk Saya Memohon Masuk Ke ILP Tangkak ?
Terdapat 2 Cara Permohonan Kemasukan Ke ILP Tangkak
1) PERMOHONAN DI ATAS TALIAN MELALUI http://www.jtm.gov.my/2015v3/index.php/ms/permohonaniljtm
2) PERMOHONAN DI ATAS TALIAN MELALUI https://bit.ly/3ZlQAkt
3) PERMOHONAN TERUS DI PEJABAT BAHAGIAN PENGURUSAN PELAJAR DAN LATIHAN (BPPL) ILP TANGKAK
Pemohon perlu datang sendiri ke pejabat BPPL ILP Tangkak atau;
Hubungi kami ditalian 06-977 3800 - untuk maklumat lanjut.
Pengambilan pelajar untuk mengikuti latihan di Institut Latihan Perindustrian Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) dilakukan dua kali setahun iaitu pada bulan Januari dan Julai (tertakluk kepada perubahan semasa)
Iklan pengambilan akan disiarkan pada laman web kami atau/dan di akhbar-akhbar tempatan bermula tiga bulan sebelum tarikh pengambilan.
- Permohonan hanya boleh dilakukan dengan mengisi borang yang boleh diperolehi secara terus di pejabat BPPL ILP Tangkak, permohonan dalam talian di pautan institut dan permohonan online di Laman Web Jabatan Tenaga Manusia
- Maklumat lanjut akan disertakan bersama iklan yang disiarkan.
- Semak laman web kami untuk mendapatkan maklumat terbaru dan kemaskini dari masa ke semasa
Sebarang kemusykilan boleh berhubung terus dengan pegawai kami pada waktu pejabat di talian 06-977 3800
Kemana Selepas ILP ?
Lulusan ILP mempunyai peluang yang sangat cerah dan menarik minat industri sebagai juruteknik dan pembantu juruteknik. Mereka juga berpeluang melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat SKM tahap 3, 4 dan 5 ynag setara dengan diploma dan ijazah seperti di ADTEC, JMTI, GMI, MFI, CIAST, IKTBN dan beberapa universiti
Siapakah yang bertanggungjawab dalam mengeluarkan sijil setelah tamat latihan ?
Sijil akan ditauliahkan setelah tamat latihan dengan jayanya oleh badan kerajaan seperti berikut iaitu Majlis Latihan Vokasional Malaysia (SKM Tahap 1 dan 2) dan juga Sijil Juruteknik Perindustrian dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
Apakah Bahasa Perantaraan Yang Digunakan Semasa Pembelajaran ?
Semasa sesi pembelajaran dijalankan, penggunaan Bahasa Malaysia sepenuhnya