Accessibility Tools

ADTEC Tangkak JOHAN dalam Kejohanan Bola Sepak Jemputan Piala Pengarah ADTEC JTM Kampus Taiping Edisi Ke-5 2026 (2)

KEJAYAAN MILIK ADTEC TANGKAK!
 
21-25 September 2026 - Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Kontinjen Bola Sepak ADTEC JTM Kampus Tangkak atas kejayaan yang membanggakan merangkul gelaran JOHAN dalam Kejohanan Bola Sepak Jemputan Piala Pengarah ADTEC JTM Kampus Taiping Edisi Ke-5 2026.
 
Kejohanan ini menghimpunkan 16 pasukan daripada 8 negeri/wilayah, menjadikan edisi kali ini lebih meriah, kompetitif dan pastinya penuh dengan semangat kesukanan.
 
Penghargaan dan ucapan tahniah ini ditujukan khas buat:
⚽ Barisan pemain yang telah mempamerkan semangat juang yang tinggi.
📋 Barisan jurulatih atas dedikasi, bimbingan cemerlang dan strategi yang mantap!
 
Kejayaan ini merupakan bukti semangat kesukanan dan kerjasama berpasukan warga ADTEC Tangkak.
 
Terus cemerlang ADTEC Tangkak!
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”