Seramai 160 pelajar ADTEC JTM Kampus Tangkak yang terdiri daripada pelajar semester akhir dan pelajar Diploma Fabrikasi Logam telah menghadiri Karnival Kerjaya MyFutureJob dan Sembang Santai Bersama YBM Menteri KESUMA, Yang Berhormat Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan, Menteri Sumber Manusia.
Satu kebanggaan buat kita semua!
Program ini turut menyaksikan pencapaian amat membanggakan apabila tiga (3) orang pelajar ADTEC JTM Kampus Tangkak secara rasminya telah dilantik sebagai Duta PERKESO:
Program ini turut menyaksikan pencapaian amat membanggakan apabila tiga (3) orang pelajar ADTEC JTM Kampus Tangkak secara rasminya telah dilantik sebagai Duta PERKESO:
- Mohd Arif Haidil bin Ariffin (Pelajar Sijil Mekatronik / Pengerusi Kelab Pembimbing Rakan Siswa)
- Saraswathy A/P Sanmugam(Pelajar Sijil Komputer Rangkaian / Ketua Jawatankuasa Disiplin Kelab Pembimbing Rakan Siswa)
- Go Jun Yong (Pelajar Sijil Mekatronik / Ketua Jawatakuasa Kebajikan, Majlis Perwakilan Pelajar)
Di samping itu, ruang sesi Sembang Santai bersama YBM Menteri Saudara Muhammad Syah Danish Rizaki (Pelajar Sijil Teknologi Fabrikasi Logam / Ahli Majlis Perwakilan Pelajar) mengambil peluang menyuarakan pandangan dan pendapat berkenaan isu kebajikan pelajar semasa menjalani latihan di lapangan industri.
Semoga usaha ini membawa impak positif kepada seluruh warga ADTEC JTM Kampus Tangkak!
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
