Apa itu ADTEC?
ADTEC adalah Institusi Latihan TVET dibawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia (KSM).
ADTEC JTM Kampus Tangkak yang dahulunya dikenali sebagai Institut Latihan Perindustrian Tangkak merupakan salah satu daripada Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) yang menawarkan pembelajaran TVET peringkat Sijil.
Selaras dengan penjenamaan semula Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM), Nama Institut Latihan Perindustrian Tangkak telah bertukar kepada Kolej Teknologi Termaju atau Advanced Technology College (ADTEC) atau lebih dikenali dengan nama ADTEC JTM Kampus Tangkak @ ADTEC Tangkak berkuatkuasa 23 Jun 2025.
Dimana lokasi sebenar ADTEC JTM Kampus Tangkak ?
ADTEC JTM Kampus Tangkak terletak di KM 43, Jalan Segamat, Sagil, 84020 Tangkak, Johor. Untuk melihat peta ke ADTEC JTM Kampus Tangkak sila Klik Disini
Berapakah Jumlah Kesemua Kursus Yang Ditawarkan Di ADTEC JTM Kampus Tangkak ?
ADTEC JTM Kampus Tangkak Menawarkan 7 Kursus Kesemuanya iaitu
- Teknologi Pembuatan (Perkakasan)
- Teknologi Kimpalan Arka Logam
- Teknologi Fabrikasi Struktur Logam (Minyak dan Gas)
- Teknologi CADD Mekanikal (Pembuatan)
- Teknologi Mekatronik
- Teknologi Polimer (Plastik)
- Teknologi Komputer (Rangkaian).
Bagaimanakah Untuk Saya Memohon Masuk Ke ADTEC JTM Kampus Tangkak ?
Terdapat 3 Cara Permohonan Kemasukan Ke ADTEC JTM Kampus Tangkak
1) PERMOHONAN DI ATAS TALIAN MELALUI https://mohon.tvet.gov.my/main/perdana atau
2) PERMOHONAN DI ATAS TALIAN MELALUI https://bit.ly/3ZlQAkt atau
3) PERMOHONAN TERUS DI PEJABAT BAHAGIAN PENGURUSAN PELAJAR DAN LATIHAN (BPPL) ADTEC JTM Kampus Tangkak
Pemohon perlu datang sendiri ke pejabat BPPL ADTEC JTM Kampus Tangkak
atau;
Hubungi kami ditalian 06-977 3800 - untuk maklumat lanjut.
Pengambilan pelajar untuk mengikuti latihan di ADTEC JTM Kampus Tangkak dilakukan dua kali setahun iaitu pada bulan Januari dan Julai (tertakluk kepada perubahan semasa)
Iklan pengambilan akan disiarkan pada laman web kami atau/dan di akhbar-akhbar tempatan bermula tiga bulan sebelum tarikh pengambilan.
- Permohonan hanya boleh dilakukan dengan mengisi borang yang boleh diperolehi secara terus di pejabat BPPL ADTEC JTM Kampus Tangkak, permohonan dalam talian di Laman Web UPTVET dan pautan terus institut.
- Maklumat lanjut akan disertakan bersama iklan yang disiarkan.
- Semak laman web kami www.ilptangkak.gov.my untuk mendapatkan maklumat terkini dan kemaskini dari masa ke semasa
Sebarang kemusykilan boleh berhubung terus dengan pegawai kami pada waktu pejabat di talian 06-977 3800
Apakah kemudahan yang disediakan untuk pelajar?
Di setiap bahagian terdapat bengkel yang dilengkapi dengan mesin dan peralatan serta makmal komputer untuk kegunaan latihan beserta kemudahan capaian internet menggunakan wifi institut. Sesi pembelajaran turut dijalankan dibilik-bilik kuliah di setiap bahagian. Selain dari itu kami juga menyediakan Dewan Kuliah Utama dan Dewan Serbaguna untuk digunakan bagi sebarang aktiviti yang dianjurkan. Kemudahan penginapan (asrama lelaki dan perempuan) turut disediakan beserta Dewan Makan, Surau dan kemudahan Sukan untuk keselesaan pelajar.
Klik pautan ini untuk melihat lebih lanjut:
Berapakah jangkamasa untuk mengikuti latihan tersebut?
Jangkamasa yang ditetapkan adalah antara 1 tahun hingga 3 tahun 6 bulan. Namun ia bergantung kepada program yang ingin diikuti.
Berapakah had umur untuk mengikuti latihan di ILJTM?
JTM, pada dasarnya tidak menetapkan sebarang had umur untuk memboleh semua masyarakat untuk mengikuti latihan di ILJTM, sesuai dengan slogan pembelajaran sepanjang hayat. Namun demikian oleh kerana beberapa sebab tertentu seperti pemberian pinjaman dan sebagainya maka penetapan umur perlu di tetapkan iaitu antara 17 tahun hingga 35 tahun (bergantung kepada program yang ingin diikuti). Namun demikian, mereka yang tidak layak dengan had umur berkenaan masih boleh lagi mengikuti latihan dalam beberapa program seperti latihan jangka pendek yang ada ditawarkan di ILJTM.
Apakah perbezaan antara sistem kemahiran yang dijalankan antara ILP dan institusi aliran akademik?
Di ILJTM proses pembelajaran adakah berdasarkan 70% kemahiran dan 30% teori. Kebanyakan pembelajaran di sini memberi peluang kepada pelajar untuk melakukan sendiri kerja-kerja bagi memberi pengalaman kepada mereka untuk menghadapi suasana kerja yang sebenar. Untuk tujuan itu, makmal dan bengkel dilengkapi dengan mesin dan perlatan yang digunakan di dalam sektor industri. Lepasan institut ini akan di anugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia tahap 1, 2 dan 3 oleh JPK dan Sijil Teknologi oleh JTM.
Adakah bidang kemahiran yang dijalankan ini diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran?
Ya, semua kursus yang dijalankan di ILJTM diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK - nama dulu MLVK) dan satu bonus tambahan kepada mereka yang mengikuti latihan di ILJTM dimana terdapat penambahan terhadap subjek - subjek yang diajar supaya pelajar berkenaan lebih bersedia untuk menghadapi dunia pekerjaan kelak.
Siapakah yang bertanggungjawab dalam mengeluarkan sijil setelah tamat latihan ?
Sijil akan ditauliahkan setelah tamat latihan dengan jayanya oleh badan kerajaan seperti berikut iaitu Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) (SKM Tahap 1, 2 dan 3) dan juga Sijil Teknologi Perindustrian dari Jabatan Tenaga Manusia (JTM).
Adakah kursus - kursus yang dijalankan menjamin pekerjaan?
Kesemua kursus - kursus yang dijalankan adalah berdasarkan kepada standard latihan yang ditetapkan oleh JPK. Kursus - kursus yang dijalankan juga sesuai untuk pekerjaan di sektor swasta (industri). Mengikut statistik kami, menunjukkan sejumlah 80% dari lepasan ILJTM berjaya mendapatkan pekerjaan selepas 6 bulan tamat latihan dalam pelbagai sektor industri yang ada.
Kemana Selepas ILP ?
Lulusan ILP mempunyai peluang yang sangat cerah dan menarik minat industri sebagai juruteknik dan pembantu juruteknik. Mereka juga berpeluang melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat SKM tahap 3, 4 dan 5 ynag setara dengan diploma dan ijazah seperti di ADTEC, JMTI, GMI, MFI, CIAST, IKTBN dan beberapa universiti