16- 30 April 2025 - Tahniah diucapkan kepada Exco Kesenian dan Kebudayaan Majlis Perwakilan Pelajar ILP Tangkak kerana berjaya menganjurkan Pertandingan Talentime Bakat Emas ILP Tangkak 2025. Pertandingan ini berjaya mengetengahkan bakat emas pelajar ILP Tangkak dalam bidang pengacaraan Majlis , Tarian, Nyanyian, Seni Pertahankan Diri serta bermain alat muzik.
Selain mahir di dalam menguasai kemahiran di dalam bidang masing-masing,para pelajar juga turut diberikan peluang untuk menonjolkan bakat di dalam bidang kesenian.
Perkukuhkan kemahiran anda dan hargai bakat yang dianugerahkan.
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
