21 April 2025 - Program Intervensi Jenayah Syariah telah dilaksanakan oleh Unit Pengurusan Psikologi ke Mahkamah Syariah Muar dengan membawa 40 orang pelajar Sijil Teknologi Kimpalan dan Sijil Teknologi Fabrikasi Logam.
Program ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar dengan undang-undang dan kesalahan syariah yang kerap dilakukan oleh golongan remaja.
Sepanjang program berlangsung, pelajar diberikan peluang untuk mendengar fakta kes yang dibicarakan secara langsung dan bersoal jawab bersama peguam serta hakim berkaitan undang-undang,hukuman dan jenayah syariah yang kerap dilakukan pelajar.
Impak program secara tidak langsung memberikan kesedaran kepada pelajar supaya lebih berhati-hati,berdisiplin dan mampu mengawal pemikiran, perasaan serta tingkahlaku yang lebih rasional dalam memperkasakan kehidupan seharian.
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
