Accessibility Tools

Program Slot Empower Our Self (2)

30 April 2025 - Tahniah diucapkan kepada Kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ILP Tangkak kerana berjaya melaksanakan Program Slot Empower Our Self ini.
 
Slot ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada pelajar dalam command and control( memberi arahan dan mengawal) yang secara tidak langsung melatih kemahiran softskill pelajar dalam komunikasi,kepimpinan, pengurusan program dan meningkatkan keyakinan diri pelajar.
 
Program Empower Our Self memperkasakan kebolehan pelajar di dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan, bekerja di dalam satu pasukan dan belajar untuk membuat pilihan dan keputusan dengan tepat selari dengan matlamat KESUMA untuk melahirkan graduan yang berkualiti mampan dan produktif.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”